Anak Panah
Aplikasi
Alat lukisan Anak Panah adalah digunakan untuk menunjukkan ciri-ciri pada carta, selalunya samada pergerakan harga atau penunjuk/pembelajaran.
Gaya
Di dalam dialog sifat Gaya, ia adalah dibolehkan untuk menukar bentuk Anak Panah:
garisan
Menetapkan warna, ketebalan dan gaya untuk satu garisan Anak Panah. Juga, di dalam lungsur turun kedua akhir untuk Garisan, satu hujung berbentuk anak panah boleh ditetapkan dan bukannya yang normal untuk hujung kiri dan kanan garisan.
titik tengah
Togol kebolehlihatan untuk titik tengah garisan anak panah.
label harga
Togol kebolehlihatan nilai harga untuk dua titik garisan anak panah pada paksi harga
STATistik
Kotak semak Julat harga, Perubahan peratusan, Perubahan dalam pip, Julat bar, Julat tarikh/masa, Jarak, Sudut membenarkan untuk memaparkan label dengan maklumat yang sesuai di sebelah garisan anak panah pada carta.
Posisi untuk label ini hendaklah dipilih dalam menu lungsur turun Posisi statistik.
julat harga
Togol kebolehlihatan teks memaparkan julat harga antara dua titik garisan anak panah.
Perubahan peratusan
Togol kebolehlihatan teks memaparkan perubahan peratusan dalam harga antara dua titik garisan anak panah.
perubahan dalam pip
Togol kebolehlihatan teks memaparkan perubahan harga antara dua titik garisan anak panah dalam pip.
JULAT BAR
Togol kebolehlihatan teks yang memaparkan bilangan bar di antara dua titik garisan anak panah.
JULAT TARIKH/MASA
Togol kebolehlihatan teks yang memaparkan julat tarikh/masa di antara dua titik garisan anak panah.
JARAK
Togol kebolehlihatan teks yang memaparkan jarak tertentu (dari segi tempoh masa) di antara dua titik garisan anak panah.
SUDUT
Togol kebolehlihatan teks yang memaparkan sudut kecerunan untuk garisan anak panah (dalam sudut).
SENTIASA TUNJUK STATISTIK
Jika kotak semak ini tidak dipilih, Teks Statistik akan muncul di sisi hanya apabila garisan anak panah dipilih dengan klik tetikus.
Teks
Dalam dialog sifat Teks, adalah dibolehkan menukar format teks.
Apabila kotak semak Teks aktif, teks boleh dimasukkan dalam kotak teks untuk dipaparkan di sebelah garisan anak panah. Anda boleh menukar warna teks dan saiz fon. Anda juga boleh memilih untuk menebalkan dan/atau memiringkan teks. Pelarasan lungsur turun Teks membenarkan untuk menetapkan posisi teks sepanjang garisan anak panah.
Anda boleh mengedit teks untuk anak panah terus pada carta – hanya perlu klik pada ruangan teks dan taip.
Koordinat
Dalam dialog sifat Koordinat, anda boleh menetapkan dengan tepat posisi titik akhir garisan anak panah pada skala harga (dengan menetapkan harga) dan skala masa (dengan menetapkan bilangan bar):
harga 1
Membenarkan penempatan tepat untuk titik pertama anak panah (Harga 1) menggunakan satu bar nombor dan harga.
harga2
Membenarkan penempatan tepat untuk titik kedua anak panah (Harga 2) menggunakan satu bar nombor dan harga.
Kebolehlihatan
Di dalam dialog sifat kebolehlihatan, anda boleh menukar menunjukkan Anak Panah pada carta untuk rangka masa yang berbeza:
Pemberitahuan
Ia adalah dibenarkan untuk menetapkan satu pemberitahuan supaya diberitahu mengenai satu siri merentasi Anak Panah di atas satu carta. Gunakan ikon jam di dalam bar alat terapung atau pada menu klik kanan pada Anak Panah itu sendiri:
Kemudian pilih satu keadaan, perkalaan dan kaedah yang disukai untuk diberitahu, ubah mesej pemberitahuan jika itu yang anda inginkan dan tekan Cipta: