Segiempat Gann

Aplikasi

Segiempat Gann ialah antara salah satu alat analisis teknikal yang paling popular yang dicipta oleh WD Gann bersama-sama dengan Kipas Gann dan Kotak Gann. Ia dianggap sebagai bahagian paling asas kepada teknik dagangannya yang berasaskan kepada simetri masa dan harga. Segiempat Gann ialah satu alat termaju dan menggunakannya dengan sebenarnya memerlukan tingkatan ilmu asas mengenai teori Gann dan sedikit pengalaman dengan pencartaan. Sila ambil maklum bahawa carta perlu diskalakan dengan betul untuk memastikan pasaran mempunyai satu hubungan segiempat. Alat menggunakan Roda Gann sebagai asas kepada corak untuk harga dan masa.


Satu cara ialah dengan bermula pada titik pangsi utama sebelumnya (selalunya pada penghujung urutan gelombang 5 terakhir) dan melukisnya supaya garisan 1 X 1 mengikuti kawasan sokongan pasaran terkini sebanyak mungkin. Satu lagi cara adalah dengan menyerlahkan formasi geometri yang boleh meramalkan tingkatan sokongan dan rintangan utama dengan mengira ke depan dari ketinggian tertinggi sepanjang masa atau kerendahan terendah sepanjang masa.

Apabila bekerja dengan lukisan Gann, adalah penting untuk menggunakan nisbah skala yang betul supaya satu unit harga akan bersamaan dengan satu unit masa.

Cara paling mudah untuk menentukan satu skala untuk satu pasaran yang tidak diketahui ialah dengan mengambil perbezaan di antara titik-titik utama: dari atas ke atas dan dari bawah ke bawah. Selepas itu, perlu untuk membahagikan nilai yang didapati oleh masa yang dihabiskan oleh pasaran dengan bergerak dari atas ke atas dan dari bawah ke bawah.

Gaya

Dalam dialog sifat Gaya, adalah dibolehkan untuk menukar bentuk dan konfigurasi satu segiempat Gann:

Lengkok, had kipas

Kotak semak pada kanan togolkan kebolehlihatan untuk garisan tambahan untuk Segiempat Gann. Togol ke kanan mereka menetapkan warna, kelegapan dan ketebalan garisan.

guna satu warna

Gunakan menu lungsur turun ini untuk memilih satu warna untuk semua garisan dan latarbelakang Segiempat Gann.

latarbelakang

Kotak semak ini togolkan kebolehlihatan latarbelakang Segiempat Gann dan peluncur selain daripada melaraskan kelegapannya.

balikan

Kotak semak balikan memutarkan lukisan pada titik-titik utamanya (mencerminkannya secara menyerong).

nisbah harga/Bar

Apabila menggerakkan sauh Segiempat Gann, anda boleh menyimpan nisbahnya. Klik pada sauh dan tekan kekunci Shift untuk melakukannya. Hanya gerakkan sauh dan nisbah akan disimpan secara automatik.

julat dan nisbah

Kotak semak ini togolkan kebolehlihatan metrik Pengukuran Segiempat Gann (Julat Masa dan Harga dan Nisbah) pada bucu Segiempat. Gunakan menu lungsur turun di bahagian kanan untuk menetapkan fon, saiz dan menebalkan atau mencondongkan teks ini.

Koordinat

Dalam dialog sifat Koordinat, anda boleh menetapkan dengan tepat posisi titik akhir Segiempat Gann pada skala harga (dengan menetapkan harga) dan skala masa (dengan menetapkan bilangan bar): 

HARGA 1

Membenarkan penempatan tepat untuk titik pertama Segiempat Gann (Harga 1) menggunakan harga dan bilangan bar.

HARGA 2

Membenarkan penempatan tepat untuk titik kedua Segiempat Gann (Harga 2) menggunakan harga dan bilangan bar.

Kebolehlihatan

Dalam dialog sifat kebolehlihatan, anda boleh togol paparan Segiempat Gann pada carta untuk rangka masa berbeza.
Membenarkan konfigurasi satu lukisan untuk dipaaprkan pada rangka masa intra hari dan harian tertentu pada carta. Untuk mana-mana rangka masa, anda boleh pilih untuk sama ada menunjukkan atau menyembunyikannya.