Kipas Gann
Aplikasi
Kipas Gann adalah satu alat analisis teknikal yang dibangunkan bersama-sama dengan Segiempat Gann dan Kotak Gann oleh penganalisa teknikal terkenal abad ke 20 iaitu W.D. Gann pada tahun 1935. Satu Kipas Gann adalah gabungan satu siri sembilan garisan pepenjuru yang dipanggil sudut Gann. Sudut-sudut ini adalah dilukis pada carta harga, yang direkabentuk untuk menunjukkan tingkatan sokongan dan rintangan berbeza untuk satu instrumen kewangan.
Setiap sudut Gann (yang memanjang tanpa had) bahagikan masa dan harga kepada bahagian berkadar sama. Sudut Gann yang paling penting ialah sudut 1x1 atau 45°. Berdasarkan kepada Gann, sudut 1x1 mewakili satu unit harga untuk satu unit masa. Idea dibelakang garisan 1x1 ialah ia adalah satu sudut 45° sempurna yang menaik 1 titik setiap 1 hari. Ada sudut-sudut penting tambahan seperti 2x1 (bergerak dua titik setiap hari), 3x1, 4x1, 8x1, dan 16x1. Semua garisan sudut Gann berbeza ini digabungkan untuk mencipta Kipas Gann.
Kipas biasanya dilukis dari perubahan dalam arah aliran atau titik-titik balikan seperti puncak dan jurang dan adalah satu cara yang bagus untuk mengukur arah aliran dan kekuatan pasaran. Semasa satu kenaikan, jika harga kekal dalam kawasan di atas satu sudut menaik tanpa memecah ke bawah, pasaran adalah dikira bulis. Semasa satu penurunan, jika harga kekal di bawah satu sudut menurun tanpa memecah ke atasnya, pasaran dikira sebagai bearis.
Sudut yang berada di atas atau di bawah harga terkini menentukan kekuatan atau kelemahan relatif pasaran. Sebagai contoh, jika harga adalah di atas 2x1, pasaran menunjukkan bahawa ia lebih bulis daripada apabila ia berada di atas 1x1. Gann percaya bahawa apabila satu harga yang bergerak ke atas melakukan balikan dan memecah ke bawah satu sudut menaik, kecenderungan harga adalah untuk pergi ke sudut seterusnya di bawah. Begitu juga sebaliknya. Apabila satu harga menurun melakukan balikan dan memecah ke atas satu sudut menurun, kecenderungan harga adalah untuk pergi ke sudut seterusnya di atasnya.
Apabila menggunakan lukisan Gann, adalah penting untuk menggunakan satu nisbah skala yang betul, supaya satu unit harga akan bersamaan dengan satu unit masa.
Cara paling mudah untuk menentukan satu skala untuk satu pasaran yang tidak diketahui ialah dengan mengambil perbezaan di antara titik-titik utama: dari atas ke atas dan dari bawah ke bawah. Selepas itu, perlu untuk membahagikan nilai yang didapati oleh masa yang dihabiskan oleh pasaran dengan bergerak dari atas ke atas dan dari bawah ke bawah.
Gaya
Dalam dialog sifat Gaya, adalah dibolehkan untuk menukar bentuk dan konfigurasi satu Kipas Gann:
garisan
Kotak semak pada bahagian kiri togolkan kebolehlihatan untuk garisan tambahan untuk Kipas Gann. Togol ke kanan mereka menetapkan warna, kelegapan, ketebalan dan gaya garisan.
GUNA SATU WARNA
Gunakan menu lungsur turun ini untuk memilih satu warna untuk semua garisan dan latarbelakang Kipas Gann.
LATARBELAKANG
Kotak semak togolkan kebolehlihatan latarbelakang Kipas Gann dan pelungsur selain melaraskan kelegapannya.
Label
Togol kebolehlihatan untuk penandaan teks Kipas Gann.
Koordinat
Dalam dialog sifat Koordinat, anda boleh menetapkan dengan tepat posisi titik akhir Kipas Gann pada skala harga (dengan menetapkan harga) dan skala masa (dengan menetapkan bilangan bar):
harga 1
Membenarkan penempatan tepat untuk titik pertama Kipas Gann (Harga 1) menggunakan harga dan bilangan bar.
harga 2
Membenarkan penempatan tepat untuk titik kedua Kipas Gann (Harga 2) menggunakan harga dan bilangan bar.
Kebolehlihatan
Dalam dialog sifat kebolehlihatan, anda boleh togol paparan Kipas Gann pada carta untuk rangka masa berbeza.
Membenarkan konfigurasi satu lukisan untuk dipaaprkan pada rangka masa intra hari dan harian tertentu pada carta. Untuk mana-mana rangka masa, anda boleh pilih untuk sama ada menunjukkan atau menyembunyikannya.