Kotak Gann

Aplikasi

WD Gann menggunakan hubungan geometrik dan berangka inovatif untuk mencipta beberapa alat analisis teknikal untuk membantu menganalisa pasaran. Kotak Gann bersama-sama dengan Kipas Gann dan Segiempat Gann ialah beberapa alat berkuasa yang boleh digunakan untuk mengukur dan mengesan kitar harga berulang. Pengguna boleh menetapkan julat masa dan harga untuk satu kitar yang dijangka akan berulang. Dalam keadaan ini, Kotak Gann adalah seperti peta untuk pasaran yang boleh digunakan untuk mencari sasaran. Sila ambil maklum bahawa carta perlu diskalakan dengan betul untuk memastikan pasaran mempunyai satu hubungan segiempat. Kotak membahagikan harga dan masa kepada bahagian-bahagian yang sama, yang dipanggil tingkatan harga dan masa dan dilukis dari satu pangsi utama (sama ada rendah atau tinggi).

Apabila menggunakan lukisan Gann, adalah penting untuk menggunakan satu nisbah skala yang betul, supaya satu unit harga akan bersamaan dengan satu unit masa.


Cara paling mudah untuk menentukan satu skala untuk satu pasaran yang tidak diketahui ialah dengan mengambil perbezaan di antara titik-titik utama: dari atas ke atas dan dari bawah ke bawah. Selepas itu, perlu untuk membahagikan nilai yang didapati oleh masa yang dihabiskan oleh pasaran dengan bergerak dari atas ke atas dan dari bawah ke bawah. 

Tingkatan harga dan masa yang betul boleh ditetapkan oleh pengguna berdasarkan kepada strategi mereka. Kotak Gann boleh digunakan dalam pelbagai pasaran untuk meramalkan tingkatan harga dan masa utama dan boleh digunakan dengan atau tanpa sudut. Ia boleh digunakan secara kendiri atau gabungan dengan alat dan teknik analisis teknikal lain untuk mencari dagangan terbaik.

Gaya

Dalam dialog sifat Gaya, adalah dibolehkan untuk menukar bentuk dan konfigurasi satu Kotak Gann:


had harga, had masa

Kotak semak pada bahagian kanan togolkan kebolehlihatan untuk garisan tambahan untuk Kotak Gann. Menu lungsur turun ke kanan mereka menetapkan tingkatan warna dan kelegapan garisan.  

Label

Togol kebolehlihatan untuk label kiri, kanan, atas dan bawah dengan nilai-nilai tingkatan garisan.

LATARBELAKANG

Dua pelungsur melaraskan had kebolehlihatan dan kelegapan untuk latarbelakang di antara had masa dan harga.

guna satu warna

Gunakan menu lungsur turun ini untuk memilih satu warna untuk semua garisan dan latarbelakang Kotak Gann.

sudut

Gunakan pilihan Sudut untuk melukis semua sinaran bucu dalam Kotak Gann.

BALIKAN

Butang balikan akan memutarkan lukisan pada titik-titik utamanya (mencerminkannya secara menyerong).

Koordinat

Dalam dialog sifat Koordinat, anda boleh menetapkan dengan tepat posisi titik awal Kotak Gann pada skala harga (dengan menetapkan harga) dan skala masa (dengan menetapkan bilangan bar):  

harga 1

Membenarkan penempatan tepat untuk titik pertama Kotak Gann (Harga 1) menggunakan harga dan bilangan bar.

harga 2

Membenarkan penempatan tepat untuk titik kedua Kotak Gann (Harga 2) menggunakan harga dan bilangan bar.

Kebolehlihatan

Dalam dialog sifat kebolehlihatan, anda boleh togol paparan Kotak Gann pada carta untuk rangka masa berbeza.
Membenarkan konfigurasi satu lukisan untuk dipaaprkan pada rangka masa intra hari dan harian tertentu pada carta. Untuk mana-mana rangka masa, anda boleh pilih untuk sama ada menunjukkan atau menyembunyikannya.