Cara menggunakan nilai pembolehubah dalam pemberitahuan
Anda boleh menggunakan ruang letak khas untuk mengakses nilai pembolehubah dalam mesej pemberitahuan. Contohnya, anda boleh membuat pemberitahuan di NASDAQ: AAPL dan taipkan kotak mesej:

{{exchange}}:{{ticker}}, price = {{close}}, volume = {{volume}}
Setelah pemberithahuan tercetus, anda akan mendapat nilai yang sepadan:

:Berikut adalah senarai ruang letak yang tersedia:
1. {{ticker}} - simbol ticker yang digunakan dalam pemberitahuan(AAPL, BTCUSD, dll.).
2. {{exchange}} - simbol pertukaran yang digunakan dalam pemberitahyan (NASDAQ, NYSE, MOEX, dll). Harus diberi perhatian bahawa untuk simbol yang tertunda, pertukaran akan berakhir dengan "_DL" atau "_DLY." Contohnya, "NYMEX_DL."
3. {{close}}, {{open}}, {{high}}, {{low}}, {{time}}, {{volume}} - nilai sepadan dari bar di mana makluman telah tercetus . Perlu diperhatikan bahawa pemberitahuan pada penunjuk, carta dan gambar tidak standard bergantung pada resolusi, sementara pemberitahuan harga mudah (cth, harga melintasi sesuatu nilai) sentiasa dikira pada bar 1 minit. {{time}} dalam UTC, dalam format yyyy-MM-ddTHH: mm: ssZ. Contohnya, 2019-08-27T09: 56: 00Z. Nilai lain adalah nombor titik-tetap dengan titik perpuluhan yang memisahkan bahagian integral dan pecahan. Contohnya, 1245.25.
4. {{timenow}} - waktu pemberitahuan dicetuskan, diformat dengan cara yang sama seperti {{time}}. Mengembalikan masa ke detik terdekat, tanpa mengira resolusi.
5. {{plot_0}}, {{plot_1}}, ... {{plot_19}} - siri output penunjuk sepadan yang digunakan dalam pemberitahuan. Perlu diperhatikan bahawa plot diberi nombor dari sifar. ID plot tertinggi ialah 19 (anda boleh mengakses hanya 20 siri output pertama). Siri output adalah nilai penunjuk yang dapat anda lihat pada carta. Sebagai contoh, penunjuk volume terbina mempunyai dua siri output: Volume dan Volume MA. Anda boleh membuat pemberithahuan di atasnya dan memasukkan kotak mesej seperti ini:
Volume: {{plot_0}}, Volume average: {{plot_1}}
6. {{interval}} - mengembalikan selang masa (cth: rangka masa / resolusi) carta di mana pemberitahuan dibuat. Perlu diperhatikan bahawa, atas sebab teknikal, dalam beberapa kes, ruang letak 'placeholder' ini akan mengembalikan "1" dan bukannya rangka masa pada carta. Pemberitahuan yang berdasarkan harga (dengan bersyarat seperti "AAPL Melepasi 120" atau "AMZN Lebih Besar Dari 3600") semuanya adalah berdasarkan nilai terakhir simbol, jadi rangka waktu carta tidak relevan untuk pemberitahuan tersebut. Oleh sebab itu, semua pemberitahuan yang berdasarkan harga sebenarnya dikira pada rangka masa 1m dan ruang letak akan sentiasa mengembalikan "1". Selain itu, carta Julat juga dikira berdasarkan data 1m, oleh yang demikian ruang letak {{interval}} akan sentiasa mengembalikan “1” pada setiap pemberitahuan yang dibuat pada chart Julat. Dengan pemberitahuan yang dibuat pada lukisan dan penunjuk, ruang letak akan berfungsi seperti yang biasa.
7. {{syminfo.currency}} - memulangkan kod mata wang untuk simbol semasa (“EUR”, “USD”, dll.).
8. {{syminfo.basecurrency}} - memulangkan kod matawang asas untuk simbol semasa jika simbol itu merujuk kepada satu pasangan mata wang. Sekiranya tidak, ia memulangkan na. Sebagai contoh, ia memulangkan “EUR” apabila simbol adalah“EURUSD”.
Ruang letak(placeholder) dengan awalan "strategi" hanya dapat digunakan dalam pemberitahuan strategi:
- {{strategy.position_size}} - mengembalikan nilai kata kunci yang sama di Pine, cth., ukuran kedudukan semasa.
- {{strategy.order.action}} - mengembalikan rentetan "beli" atau "jual" untuk pesanan yang dilaksanakan.
- {{strategy.order.contracts}} - mengembalikan bilangan kontrak pesanan yang dilaksanakan.
- {{strategy.order.price}} - mengembalikan harga di mana pesanan itu dilaksanakan.
- {{strategy.order.id}} - mengembalikan ID pesanan yang dilaksanakan (rentetan yang digunakan sebagai parameter pertama dalam salah satu panggilan fungsi menghasilkan pesanan: strategi.entri, strategi.exit atau strategi.order).
- {{strategy.order.comment}} - mengembalikan komen pesanan yang dilaksanakan (rentetan yang digunakan dalam parameter komen dalam salah satu panggilan fungsi yang menghasilkan pesanan: strategi.entri, strategi.exit atau strategi.order). Sekiranya tidak ada komen yang ditentukan, maka nilai strategi.order.id akan digunakan.
- {{strategy.order.alert_message}} - mengembalikan nilai parameter alert_message yang dapat digunakan dalam kod Pine strategi ketika memanggil salah satu fungsi yang digunakan untuk membuat pesanan: strategi.entry, strategi.exit atau strategi.order. Ciri ini hanya disokong di Pine v4 atau versi lebih tinggi.
- {{strategy.market_position}} - mengembalikan kedudukan strategi saat ini dalam bentuk rentetan: "panjang", "rata", atau "pendek".
- {{strategy.market_position_size}} - mengembalikan ukuran kedudukan semasa sebagai nilai mutlak, cth., nombor bukan negatif.
- {{strategy.prev_market_position}} - mengembalikan kedudukan strategi sebelumnya dalam bentuk rentetan: "panjang", "rata", atau "pendek".
- {{strategy.prev_market_position_size}} - mengembalikan ukuran kedudukan sebelumnya sebagai nilai mutlak, cth., nombor bukan negatif.
Selepas pemberitahuan tercetus,, anda akan melihat nilai sepadan:

Untuk fungsi plot dari skrip yang ditulis dalam Skrip Pine:
- Plot;
- Plotshape;
- Plotchar;
- Plotarrow;
- Plotbar;
- plotcandle.
tambahan kepada menggunakan pemegang tempat (placeholder) {{plot_0}}, {{plot_1}}, ... {{plot_19}}, adalah boleh untuk mengenalpasti mereka mengikut nama. Untuk melakukan ini, gunakan pemegang tempat {{plot("Name")}}, di mana Name adalah nama siri. Sebagai contoh, untuk fungsi plotarrow:
indicator('My script')
plotarrow(close, colorup=color.new(color.teal,40), colordown=color.new(color.orange, 40) , title = 'arrow')
Tambah {{plot("arrow")}} kepada teks notifikasi


Untuk fungsi plotcandle dan plotbar, akses kepada siri dengan nama adalah tidak disokong kerana setiap fungsi memaparkan 4 siri (buka, tinggi, rendah dan tutup). Untuk setiap siri, anda boleh menggunakan satu pemegang tempat dengan penomboran yang sesuai.

Anda hanya boleh menggunakan pemegang tempat dengan nama siri dalam Bahasa Inggeris untuk penunjuk terbina dalam. Sebagai contoh, untuk penunjuk volum:
Volum: {{plot("Volume")}}, Purata volum: {{plot("Volume MA")}}

Jika beberapa penunjuk digunakan dalam pemberitahuan, hanya nilai-nilai dalam yang pertama akan digantikan kepada pemegang tempat {{plot}}:

Untuk contoh di atas, nilai siri dari penunjuk “My script1” akan digantikan kepada pemegang tempat. Untuk memaparkan nilai penunjuk “My script2”, pilih ia dalam menu lungsur turun pertama.
Pemegang tempat juga boleh dijelaskan dalam argumen mesej dalam fungsi alertcondition. Apabila mencipta pemberitahuan, nilai argumen ini akan ditarik secara automatik kepada kotak input teks pemberitahuan.
indicator("alertcondition", overlay=true)
alertcondition(close >= open, title='Alert', message='"price {{ticker}} = {{close}}"!')

Sila ambil maklum bahawa apabila mencipta pemberitahuan dengan keadaan dari fungsi alertcondition, menukar nilai akan berfungsi dalam skrip yang ditulis pada versi keempat (Pine v4) atau lebih tinggi.
Nilai-nilai dari pemberitahuan yang tercetus boleh digunakan bersama-sama dengan webhooks dengan menghantar nilai pembolehubah dari satu mesej kepada alamat yang dikehendaki. Atau dengan menggunakan aplikasi pihak ketiga seperti Pemberitahuan TradingView kepada MT4/MT5, yang sudah pun melaksanakan penggunaan nilai dinamik. Beberapa penggunaan kes sintaks (syntax use-cases) boleh ditemui dalam skrip contoh ini. Perkara ini membuka lebih banyak peluang untuk mereka yang menggunakan pemberitahuan.