Moderasi skrip di TradingView
Mengapa skrip Komuniti disederhanakan?
Skrip komuniti mengandungi lebih daripada 150,000 skrip. Kedua-dua pedagang baharu dan berpengalaman boleh menggunakan penunjuk, strategi dan perpustakaan ini, kerana ia adalah alatan yang selalu digunakan untuk mendagangkan wang sebenar. Jika anda menerbitkan skrip di sini, ia hendaklah asli dan diikuti dengan penjelasan kepada pengguna apa yang skrip lakukan dan bagaimana untuk menggunakannya. Moderator skrip memastikan perkara ini dengan memilih skrip Komuniti menggunakan kriteria yang didokumentasikan dalam Peraturan Penerbitan Skrip dan Syarat Penjual kami untuk penulis menjual akses kepada skrip.
Fikirkan Wikipedia. Bagaimana kandungannya boleh menjadi sangat dipercayai apabila semua orang boleh menyumbang? Kerana editor yang bekerja di belakang tabir untuk mengesahkan semua kandungan baharu. Moderator skrip kami memainkan peranan yang sama dengan penyunting Wikipedia. Mereka juga melindungi pengguna kami dari penipuan dan akaun spam yang tidak berkongsi nilai komuniti kami, menyalahgunakan skrip sumber terbuka atau menggunakan skrip Komuniti untuk menjual diri sendiri atau menipu yang lain.
Setiap tahun hampir 50,000 penyerahan baharu adalah diterbitkan oleh penulis skrip, namun hanya beberapa sahaja yang diterima oleh moderator skrip. Yang lain ditolak kerana mereka tidak mematuhi peraturan.
Skrip saya disederhanakan! Apa yang boleh saya lakukan?
Pertama, baca mesej yang anda terima dari akaun PineCoders menerusi sembang peribadiL ia menjelaskan peraturan mana yang dilanggar. Baca Peraturan Penerbitan Skrip jika anda masih belum membacanya. Kemudian, anda mempunyai tiga pilihan:
1. Sekiranya anda dapat membuat skrip anda sesuai, terbitkan sebagai penerbitan baru. Selesai.
2. Jika anda tidak dapat membuat skrip anda sesuai, terus gunakan secara tertutup dengan menambahkannya kepada carta dari Editor Pine, atau menggunakan mod penerbitan peribadi yang mengecualikan skrip anda dari penyederhanaan.
3. Jika anda ada soalan untuk moderator, jawap mesej yang anda terima.
Menerbitkan skrip anda di Perpustakaan Awam bukanlah satu hak; ianya adalah satu keistimewaan yang dapat anda gunakan jika anda menghormati peraturan komuniti. Sumbangan anda dihargai, tetapi penerbitan skrip tidak boleh dipandang ringan.
Selesaikan masalah dengan moderator, kerana kes yang dibawa ke sokongan akan kembali ke moderator, yang hanya akan memanjangkan waktu untuk menerbitkan skrip anda.
Bagaimana saya boleh elakkan skrip saya daripada disederhanakan?
- Baca Peraturan Dalaman Umum dan Peraturan Penerbitan Skrip.
- Baca tips kami untuk pengarang.
- Jika anda adalah penjual yang menjual akses kepada skrip jemputan sahaja, baca Syarat Penjual kami.
Siapakah moderator skrip?
Moderator skrip kami adalah ahli-ahli PineCoders, sebuah kumpulan pakar pengaturcara Pine. Namun moderator tidak mempunyai masa untuk membantu pengaturcara Pine dengan masalah secara peribadi, mereka berupaya membantu penulis menjadikan penerbitan mereka mematuhi peraturan.