Di manakah saya boleh mencari permodalan pasaran dan penguasaan mata wangkripto?
Simbol yang menunjukkan permodalan pasaran dan penguasaan mata wang kripto adalah tersedia di bawah awalan CRYPTOCAP: pada carta berciri penuh. Indeks-indeks ini adalah dikira oleh TradingView. Data juga tersedia pada halaman berbeza yang menunjukkan maklumat jumlah permodalan pasaran dan penguasaan termasuk dengan butiran lain.
Apakah data yang tersedia dan bagaimanakah ia dikira?
Permodalan pasaran untuk syiling berbeza
Tersedia sebagai CRYPTOCAP:COIN dalam Carian Simbol (gantikan COIN dengan kripto yang diingini, sebagai contoh, BTC).
Simbol-simbol ini dikira dengan menggunakan formula: simbol = harga akhir aset kripto * bekalan beredar.
Permodalan pasaran pada masa ini dikira untuk 50 syiling teratas dari Penyaring Syiling Kripto (tidak termasuk kategori DeFi) dan tambahan untuk 50 syiling teratas dari kategori DeFi.
Permodalan pasaran terkumpul oleh beberapa segmen syiling kripto
- TOTAL menunjukkan jumlah modal pasaran untuk 125 matawang kripto teratas dari Penyaring Syiling Kripto.
- TOTALDEFI menunjukkan jumlah modal pasaran untuk 125 matawang kripto DeFi teratas (simbol ini mengandungi kategori DeFi dalam Penyaring Syiling Kripto)
Indeks berkaitan kepada TOTAL
- TOTAL2 menunjukkan jumlah modal pasaran untuk 125 matawang kripto teratas, tidak termasuk BTC.
- TOTAL3 menunjukkan jumlah modal pasaran untuk 125 matawang kripto teratas, tidak termasuk BTC dan ETH.
- OTHERS menunjukkan jumlah modal pasaran untuk 125 matawang kripto teratas, tidak termasuk BTC dan beberapa matawang kripto teratas lain. Anda boleh melihat senarai syiling yang dikeluarkan pada laman penguasaan mata wang kripto. Syiling yang tidak dimasukkan adalah pilihan kesemuanya kecuali Lain-lain.
- TOTALES menunjukkan jumlah modal pasaran untuk 125 matawang kripto teratas, tidak termasuk stablecoins
- TOTAL2ES menunjukkan jumlah modal pasaran untuk 125 matawang kripto teratas, tidak termasuk Bitcoin (BTC) dan stablecoins
- TOTAL3ES menunjukkan jumlah modal pasaran untuk 125 matawang kripto teratas, tidak termasuk Bitcoin (BTC), Ethereum (ETH) dan stablecoins
- TOTALE50 mewakili modal pasaran untuk matawang kripto dari 51 ke 125 — iaitu jumlah modal pasaran (TOTAL), tidak termasuk 50 mata wang kripto teratas
- TOTALE100 mewakili modal pasaran untuk matawang kripto dari 101 ke 125 — iaitu jumlah modal pasaran (TOTAL), tidak termasuk 100 mata wang kripto teratas
Jumlah permodalan pasaran mengikut kategori
Simbol disenaraikan di bawah mewakili jumlah permodalan pasaran untuk mata wang kripto yang dikumpulkan mengikut kategori dalam Penyaring Syiling Kripto.
Setiap indeks mengandungi hingga 100 mata wang kripto — ini adalah nilai maksimum, bukannya nombor kekal. Bergantung kepada data pasaran dan saiz kategori, beberapa kategori mungkin mengandungi kurang daripada 100 mata wang kripto.
Anda boleh melihat senarai lengkap syiling yang ada dalam setiap kategori menggunakan penapis dalam Penyaring Syiling Kripto.
Indeks berasaskan ekosistem:
- SOLANA.C menunjukkan jumlah permodalan pasaran untuk 100 mata wang kripto teratas dalam ekosistem Solana
- POLKADOT.C menunjukkan jumlah permodalan pasaran untuk 100 mata wang kripto teratas dalam ekosistem Polkadot
- BNBCHAIN.C menunjukkan jumlah permodalan pasaran untuk 100 mata wang kripto teratas dalam ekosistem BNB Chain
- ETHEREUM.C menunjukkan jumlah permodalan pasaran untuk 100 mata wang kripto teratas dalam ekosistem Ethereum
Gunakan penapis Ekosistem blok rantai untuk melihat senarai penuh simbol.
Stablecoin:
- STABLE.C menunjukkan jumlah permodalan pasaran untuk 100 mata wang kripto teratas, dikategorikan di bawah kategori Stablecoins
- FIATSTABLE.C menunjukkan jumlah permodalan pasaran untuk 100 mata wang kripto teratas, dikategorikan di bawah kategori Stablecoin yang disokong Fiat
Gunakan penapis Kategori untuk melihat senarai penuh syiling.
Infrastructur & Platform:
- LAYER1.C menunjukkan jumlah permodalan pasaran untuk 100 mata wang kripto teratas dalam kategori Layer 1
- DEPIN.C menunjukkan jumlah permodalan pasaran untuk 100 mata wang kripto teratas dalam kategori DePIN (Decentralized Physical Infrastructure Networks)
- SMARTCONTRACTS.C menunjukkan jumlah permodalan pasaran untuk 100 mata wang kripto teratas dalam kategori Smart Contract Platforms
Gunakan penapis Kategori untuk melihat senarai penuh syiling.
Algorithma Konsensus:
- POW.C menunjukkan jumlah permodalan pasaran untuk 100 mata wang kripto teratas menggunakan algorithma konsensus Proof of Work (PoW)
- POS.C menunjukkan jumlah permodalan pasaran untuk 100 mata wang kripto teratas menggunakan algorithma konsensus Proof of Stake (PoS)
Gunakan penapis Algorithma Konsensus untuk melihat senarai penuh syiling.
Token meme:
- MEME.C menunjukkan jumlah permodalan pasaran untuk 100 mata wang kripto teratas, dikategorikan di bawah kategori Memes
Gunakan penapis Kategori untuk melihat senarai penuh syiling.
Token berasaskan bursa:
- EXCHANGES.C menunjukkan jumlah permodalan pasaran untuk 100 mata wang kripto teratas dalam kategori Token Bursa
Gunakan penapis Kategori untuk melihat senarai penuh syiling.
Segmen pasaran lain:
- AI.C menunjukkan jumlah permodalan pasaran untuk 100 mata wang kripto teratas dalam kategori Pengurusan data & AI
- RWA.C menunjukkan jumlah permodalan pasaran untuk 100 mata wang kripto teratas dalam kategori Real-World Assets (RWA)
- REHYPOTHECATED.C menunjukkan jumlah permodalan pasaran untuk 100 mata wang kripto teratas dalam kategori Rehypothecated Assets
- MADEINUSA.C menunjukkan jumlah permodalan pasaran untuk 100 mata wang kripto teratas dalam kategori Made in America
- WORLDLIBERTY.C menunjukkan jumlah permodalan pasaran untuk 100 mata wang kripto teratas dalam kategori World Liberty Financial Portfolio
Gunakan penapis Kategori untuk melihat senarai penuh syiling.
Simbol penguasaan
Penguasaan adalah dikira untuk setiap simbol CRYPTOCAP: dan boleh ditemui dengan menambahkan akhiran .D kepada simbol diingini: CRYPTOCAP:COIN.D atau CRYPTOCAP:TOTAL.D, dll.
Simbol-simbol ini dikira menggunakan formula: simbol.D = simbol / JUMLAH * 100%
Sebagai contoh, formula untuk BTC.D: BTC.D = BTC / JUMLAH * 100%
Simbol nisbah
- DEFIETH mewakili nisbah peratusan jumlah permodalan pasaran untuk mata wang kripto berkaitan DeFi (TOTALDEFI) kepada permodalan pasaran Ethereum (ETH)
- TOTAL3ESBTC mewakili nisbah peratusan jumlah permodalan pasaran untuk 125 mata wang kripto teratas, tidak termasuk Bitcoin (BTC), Ethereum (ETH) dan stablecoins (TOTAL3ES), kepada permodalan pasaran Bitcoin (BTC)
- OTHERSBTC mewakili nisbah peratusan jumlah permodalan pasaran untuk 125 mata wang kripto teratas, tidak termasuk 10 teratas mengikut permodalan pasaran (OTHERS), kepada permodalan pasaran Bitcoin (BTC)