Jumlah Hutang

Apakah Jumlah Hutang?

Jumlah Hutang mewakli semua obligasi berkaitan faedah untuk syarikat, tanpa mengira bila obligasi-obligasi ini perlu dibayar. Obligasi ini digunakan untuk memberikan kecairan untuk menghubungkan obligasi jangka pendek dan membiayai perbelanjaan modal jangka panjang dan operasi. Jumlah hutang boleh ditunjukkan sebagai Hutang Jangka Panjang dan Hutang Jangka Pendek.

Mengapakah Jumlah Hutang penting?

Jumlah Hutang menunjukkan sebanyak mana sesebuah syarikat perlu membayar kepada pemiutang mereka. Jumlah Hutang adalah penting kerana ia menunjukkan jumlah tekanan kewangan kepada syarikat untuk membayar semula pemiutang mereka atau sebanyak mana hutang yang mereka telah berjaya dapatkan untuk melabur dan berkembang.