Session Volume Profile HD

Definisi

Penunjuk Session Volume Profile HD (SVP HD) mengira data volum dalam satu sesi yang tertentu atau satu sub sesi, membenarkan pedagang untuk menganalisa aktiviti volum intrahari untuk satu bahagian khusus dalam sesi. Secara tambahan, tidak seperti Session Volume Profile biasa, ia secara automatik melaraskan tingkatan butiran semasa anda melakukan zum pada carta. Apabila bar kurang muncul di carta, lebih banyak tingkatan akan dipaparkan.

Nota: anda boleh membaca lebih banyak mengenai ciri yang dikongsi oleh semua penunjuk Profil Volum dalam artikel Pusat Bantuan Konsep Asas: Penunjuk Profil Volum. Teks di bawah menjelaskan ciri-ciri unik kepada penunjuk Profil Volum ini.

Pengiraan

Session Volume HD mengandungi dua pengiraan berbeza: kasar dan terperinci. Pengiraan yang terperinci terpakai untuk bahagian yang jelas di dalam carta dan melaraskan bilangan baris dalam semua Profil Volum secara automatik. Untuk pengiraan ini, data rangka masa lebih rendah dipilih dengan logik yang sama dengan Visible Range (dengan pengecualian untuk semua rangka masa berasaskan saat, yang menggunakan data 1S).

Bahagian yang kasar ditunjukkan manakala bahagian yang terperinci masih dikira, dan pilihan rangka masanya adalah bersamaan dengan satu di dalam penunjuk Session Volume Profile biasa.

Penjajaran menjelang akhir tahun 

Jika profil volum dimasukkan satu pencapaian tahunan, kemudian pada akhir tahun profil ini akan dilengkapkan dan bermula semula dari tahun baru. Ini diperlukan untuk mengekalkan ketekalan (consistency) apabila membina profil pada rangka masa berbeza. 

Mengapakah Susun Atur Barisan dan Saiz Barisan tidak tersedia untuk SVP HD?

Session Volume HD akan melaraskan tingkatan secara automatik semasa anda zum skala carta. Apabila anda zum pada satu carta, tingkatan butiran akan menaik.

Input

Sesi

Menentukan bagaimana penunjuk SVP HD akan dibina apabila paparan jam dilanjutkan diaktifkan.

  • Semua (All). Jika ditetapkan ke "Semua" (lalai), penunjuk akan mempertimbangkan sesi pra-pasaran, sesi pasaran utama dan pasca-pasaran sebagai satu sesi. Satu profil akan dibina untuk setiap hari dagangan dan akan mengandungi volum untuk semua transaksi, bermula dari lilin pertama pra-pasaran dan berakhir dengan lilin pasca-pasaran terakhir.
  • Setiap (Each). Pilihan "Setiap (pra-pasaran, pasaran, pasca-pasaran)" membenarkan anda untuk membina satu profil volum berasingan untuk setiap bahagian dalam sesi hari dagangan, dengan mengambilkira hanya transaksi yang dilakukan dalam tempoh itu. Jika simbol telah melanjutkan masa dengan pra-pasaran, sesi utama dan pasca-pasaran, penunjuk akan membina tiga profil berasingan untuk setiap hari dagangan.
  • Pra-pasaran, Pasaran, Pasca-pasaran (Pre-market, Market, Post-market).Dengan pilihan "Pra-pasaran", "Pasaran" dan "Pasca-pasaran", penunjuk hanya akan membina satu profile volum untuk satu hari dagangan, berdasarkan kepada dagangan untuk tempoh masa sesi tertentu. Tetapan ini hanya digunakan pada carta dengan jam dilanjutkan. Jika tiada data jam dilanjutkan pada carta atau jika paparan Jam Dilanjutkan dinyahaktif, penunjuk tidak akan mampu membina satu profil volum untuk pra- atau pasca-pasaran. 
  • Tersuai (Custom). Pilihan "Tersuai" memberikan anda peluang untuk menkonfigurasikan permulaan dan pengakhiran tempoh di mana profil akan dibina. Anda juga boleh memilih satu zon masa.
Volum

Togol antara menunjukkan jumlah volum untuk setiap barisan (Total), memecahkan setiap barisan kepada atas/bawah (Up/Down), atau menunjukkan perbezaan mereka (Delta).

Volum Kawasan Nilai (Value Area Volume)

Menentukan apakah peratusan semua volum untuk sesi dagangan patut diserlahkan oleh Kawasan Nilai.

Panjangkan POC Ke Kanan (Extend POC Right)

Panjangkan garisan Point of Control sehingga ia melintas mana-mana bar.

Panjangkan VAH Ke Kanan (Extend VAH Right)

Panjangkan garisan Kawasan Nilai Tinggi (Value Area High) sehingga ia melintas mana-mana bar.

Panjangkan VAL Ke Kanan (Extend VAL Right)

Panjangkan garisan Kawasan Nilai Rendah (Value Area Low) sehingga ia melintas mana-mana bar.