Pendapatan Pengoperasian
Apakah Pendapatan Pengoperasian (Operating Income)?
Pendapatan Pengoperasian mewakili keuntungan biasa dari operasi tunjang syarikat, yang berpunca dari pelaksanaan model perniagaan dan strategi syarikat, tetapi sebelum pembayaran kepada pemilik modal, pulangan ke atas pelaburan (returns on investments) dan pembayaran cukai pendapatan.
Pendapatan Pengoperasian digunakan untuk apa?
Pendapatan Pengoperasian adalah penting kerana ia adalah ukuran tidak langsung kecekapan. Ia menunjukkan keupayaan syarikat menjana pendapatan dari aktiviti pengoperasiannya. Banyak pemilik syarikat menggunakan Pendapatan Pengoperasian untuk mengukur kejayaan pengoperasian perniagaan mereka.
Bagaimanakah Pendapatan Pengoperasian dikira?
Ia dikira dengan menolak Perbelanjaan Pengoperasian (tidak termasuk COGS) dari Keuntungan Kasar.