Pendapatan Sesaham (EPS), Asas

Apakah EPS asas?

Pendapatan Sesaham adalah jumlah pendapatan sesaham untuk saham-saham biasa yang dikeluarkan. Apabila syaraikt melaporkan keputusan kewangan, pendapatan sesaham adalah satu metrik yang selalunya digunakan.

Adalah perlu untuk diketahui bahawa EPS asas adalah ukuran anggaran untuk pendapatan syarikat untuk setiap saham biasa (ordinary share). Metrik ini adalah sesuai untuk syarikat-syarikat dengan struktur modal ringkas. This metric is suitable for companies with a simple capital structure. Pendapatan Sesaham Asas tidak mengambil kira impak kecairan untuk sekuriti boleh ubah (convertible securities), yang penting apabila menganalisa keuntungan syarikat dengan struktur modal lebih kompleks.

Bagaimanakah EPS Asas dikira?

EPS Asas dikira berdasarkan kepada bilangan saham biasa purata untuk 12 bulan lepas. Ini terpakai untuk syarikat Amerika. Untuk syarikat bukan Amerika, bilangan saham biasa purata untuk tahun fiskal sebelumnya akan digunakan.