Pendapatan Tertunda, Bukan Semasa

Apakah Pendapatan Tertunda, Bukan Semasa (Deferred Income, Non-Current)?

Pendapatan Tertunda, Bukan Semasa mewakili hasil yang diterima lebih awal dari penyelesaian obligasi oleh syarikat menerusi penghantaran barangan dan perkhidmatan. Hasil tidak dilaporkan terus sebagai hasil atau jualan pada penyata pendapatan.

Ini selalunya dilaporkan untuk firma berasaskan perkhidmatan di mana pengguna membayar jumlah penuh untuk menerima perkhidmatan untuk satu tempoh masa tertentu. Pendapatan tertunda hendaklah dikontraskan dengan liabiliti lain, seperti perbelanjaan terakru dan berbayar, kerana tidak seperti liabiliti-liabiliti itu yang terjadi di masa lepas dan melibatkan aliran keluar tunai masa hadapan (future cash outflow), pendapatan tertunda mewakili tunai yang sudah diterima atau aliran keluar tunai masa lalu (past cash inflow).