Nota Belum Terima - Jangka Panjang

Apakah Nota Belum Terima - Jangka Panjang (Note Receivable - Long Term)?

Nota Belum Terima - Jangka Panjang mewakili bahagian belum terima (receivables) dari pengguna, yang tidak akan dikutip dalam masa setahun atau dalam kitar pengoperasian. Belum terima jangka panjang (long term receivables) selalunya dijamin menerusi nota atau jaminan lain yang sama kerana semakin panjang masa pengutipan akan memberikan risiko lebih besar kepada syarikat.

Belum terima ini selalunya muncul daripada pembelian barangan dan perkhidmatan dari pengguna menggunakan kredit, tetapi termasuk juga jenis kredit lain, seperti hutang jangka panjang. Ini selalunya mengandungi faedah. 

Aoakah yang termasuk dalam Nota Belum Terima - Jangka Panjang?

  • Belum terima kewangan untuk syarikat dengan anak syarikat kewangan;
  • Pelaburan dalam penyewaan jenis jualan;
  • Hutang kepada syarikat lain;
  • Hutang jangka panjang kepada pekerja;
  • Nota belum terima daripada pemegang saham;
  • Belum terima dari Syarikat Gabungan (Affiliated Companies), yang tidak berkaitan atau mempengaruhi kawalan; dan
  • Belum Lerima Langganan Saham (Stock Subscription Receivables).