Corak Tiga Pemacu

Penggunaan

Alat melukis corak tiga pemacu membolehkan pengguna mengenalpasti corak tiga pemacu pada carta. Corak tiga pemacu merupakan corak yang jarang berlaku kerana ia memerlukan simetri pada kedua – dua masa dan harga. Corak ini merangkumi beberapa siri pemacu dan pengunduran. Terdapat lima titik yang akan membentuk corak tiga pemacu ini. Tiga titik (1,2,3) menandakan tempat berakhir tiga pemacu yang bergerak seiring dengan pola. Dua titik (A,C) menandakan tempat berakhir dua pengunduran yang berlaku di antara siri pemacu. Idea di sebalik corak tiga pemacu ialah apabila pemacu ketiga berakhir yang bergerak seiring dengan pola semasa, harga akan mengundur pada arah yang bertentangan. Corak ini boleh berlaku di dalam kedua dua bullish dan bearish senario. Contoh dibawah menunjukkan parameter yang digunakan untuk corak tiga pemacu di dalam senario bullish. Bagi senario bearish, pengguna hanya perlu terbalikkan parameter yang digunakan.

Corak Tiga Pemacu Bullish:

        1.  Simetri di antara harga dan masa sangat penting dan perlu dititikberatkan di dalam pembentukan corak ini.

        2.  Pemacu 2 dan 3 hendaklah digunakan bersama dengan pengunduran A dan C. Sambungan pemacu harus digunakan             sama ada 127.2% atau 161.8%.

        3.  Pengunduran A dan C secara tipikal adalah 61.8% atau 78.6% dari ayunan sebelumnya. Di dalam keadaan                                 pasaran yang sangat popular (trending), nilai pengunduran sebanyak 38.2% atau 50% boleh digunakan.

        4.  Masa (jarak mendatar) di antara pengunduran A dan C haruslah simetri. Begitu juga dengan                                                     sambungan bagi pemacu kedua dan ketiga sehingga ke bawah.

Corak ini amat jarang berlaku dan pengguna tidak boleh memaksa bentuk corak ini ke dalam carta. Sekiranya terdapat perbezaan jurang harga atau tidak simetri, pembentukan corak ini boleh diabaikan dan corak lain boleh digunakan.

Gaya

Border

Can change the color of the border as well as its thickness.

Sempadan

Warna dan ketebalan sempadan boleh ditukar mengikut pilihan pengguna

Pilihan teks

Warna, jenis dan saiz font boleh ditukar mengikut pilihan pengguna. Pengguna juga boleh memilih untuk menebalkan atau menyondongkan teks (bold atau italic)

Harga 1

Untuk meletakkan titik pertama dengan jitu menggunakan koordinat harga dan koordinat bar

Harga 2

Untuk meletakkan titik kedua dengan jitu menggunakan koordinat harga dan koordinat bar

Harga 3

Untuk meletakkan titik ketiga dengan jitu menggunakan koordinat harga dan koordinat bar

Harga 4

Untuk meletakkan titik keempat dengan jitu menggunakan koordinat harga dan koordinat bar

Harga 5

Untuk meletakkan titik kelima dengan jitu menggunakan koordinat harga dan koordinat bar

Harga 6

Untuk meletakkan titik keenam dengan jitu menggunakan koordinat harga dan koordinat bar

Harga 7

Untuk meletakkan titik ketujuh dengan jitu menggunakan koordinat harga dan koordinat bar

Kebolehlihatan

Dalam dialog ciri Kebolehlihatan, anda boleh menentukan rangka masa alat Corak Tiga Pemacu yang dipaparkan.