Bagaimana untuk mengkonfigurasikan 2FA

Pengesahan dua faktor adalah langkah tambahan untuk melindungi akaun anda dari penggodam. Apabila anda mengaktifkan pengesahan dua faktor, selepas memasukkan kata laluan anda, anda juga perlu menjana dan memasukkan kod satu masa khas setiap kali anda log masuk.

KANDUNGAN:

Ada dua cara menerima kod satu kali untuk pengesahan dua faktor, di mana anda boleh gunakan dengan akaun TradingView anda:

  • Jana kod menggunakan aplikasi penjana pengesahan (authentication generator app)
  • Dapatkan kod melalui SMS — satu mesej akan dihantar kepada nombor telefon yang disambungkan kepada akaun anda

TradingView mengesyorkan menggunakan aplikasi pengesahan (authenticator apps), kerana mereka lebih selamat dan boleh dipercayai daripada mesej teks. Mesej SMS mungkin tidak dapat mencapai sesetengah negara dan mungkin akan lambat diterima.

Selain daripada kod satu kali (one time code), anda juga akan menerima senarai kod sandaran (backup code), yang akan dijana secara automatik selepas mengaktifkan pengesahan dua faktor.

! Penting: Simpan kod disandarkan anda dalam tempat yang selamat. Mereka adalah satu-satunya cara untuk mendapatkan semula akses kepada akaun anda jika anda kehilangan kelayakan log masuk anda atau tidak dapat menggunakan peranti pengesahan dua faktor (2FA) anda. 

Untuk mengaktifkan pengesahan dua faktor untuk akaun TradingView anda, pergi ke tab "Privasi dan Sekuriti" dalam Tetapan Profil anda.


Pengesahan melalui aplikasi mudah alih

Untuk mula menggunakan pilihan ini, klik "Aktifkan" dalam ruangan aplikasi pengesahan.

Jika anda log masuk menerusi media sosial (cthnya, akaun Google anda) anda perlu menetapkan kata laluan dahulu:

  • Klik "Set semula"
  • Pergi ke e-mel anda dan ikuti arahan untuk menetapkan kata laluan
  • Kembali ke halaman TradingView dan klik "Aktifkan" sekali lagi

Anda akan melihat mesej memberitahu anda bahawa anda sudah menerima surat mengandungi kod. Anda perlu menaip secara manual atau menampak kod ini ke dalam tetingkap dialog.

Selepas itu, anda perlu mengimbas kod QR menggunakan aplikasi pihak ketiga.

Kami mengesyorkan anda menggunakan salah satu daripada berikut:

Kemudian, tampal kod yang dijana oleh aplikasi ke dalam ruangan yang disediakan.

Jika anda telah memasukkan kod dengan betul dari aplikasi pengesahan tetapi sistem masih tidak menerimanya, sila pastikan peranti anda disegerakkan dan menunjukkan masa yang betul.

Dalam langkah seterusnya, kod sandaran diberikan oleh sistem.


TradingView menyarankan menulis kod-kod ini secara manual dan menyimpannya di tempat yang selamat.

Jangan bergantung kepada salin dan tampal, dan jangan menyimpan mereka pada peranti anda. Hanya selepas menyimpan kod-kod ini barulah anda mengklik "Saya sudah menyimpan kod."

Jika sesuatu terjadi kepada kod sandaran anda, anda boleh menjana yang baru pada bila-bila masa.

! Penting:  TradingView tidak boleh memulihkan akaun anda jika anda kehilangan akses kepada kod 2FA anda. Anda bertanggungjawab sepenuhnya untuk menyimpan kaedah pengesahan anda dan kod pemulihan dengan selamat. Dengan mengaktifkan 2FA, anda mengakui dan menerima bahawa TradingView tidak bertanggungjawab kepada apa-apa kehilangan akses disebabkan kelayakan 2FA sudah hilang atau tidak boleh diakses. 

Pengesahan SMS

Jika anda memilih mesej pengesahan SMS untuk pengesahan dua faktor, anda akan menerima mesej teks untuk pengesahan dua faktor dengan kod pengesahan dihantarkan kepada nombor akaun yang dipautkan kepada akaun anda. Mesej yang anda terima ini akan datang daripada TradingView.

Jika nombor telefon tidak dipautkan kepada akaun anda, anda akan diminta untuk memasukkan satu nombor. Untuk mengesahkan nombor itu adalah kepunyaan anda, anda perlu memasukkan kod yang akan dihantar melalui WhatsApp.

Selepas berjaya mengaktifkan pengesahan dua faktor, anda akan menerima senarai kod sandaran satu kali untuk digunakan sekiranya anda tiada akses kepada telefon pintar anda. Sila simpan kod-kod ini di tempat yang selamat supaya anda tidak kehilangan akses kepada akaun anda.

Bagaimana menyahaktifkan 2FA

Untuk menyahaktifkan pengesahan dua faktor, pergi ke tab "Privasi dan Sekuriti" yang sama dan pilih "Nyahaktif" di sebelah kaedah dua faktor yang anda gunakan.

Jika anda menukar peranti mudah alih anda, anda perlu untuk mengkonfigurasikan semula pengesahan dua faktor untuk akaun TradingView anda:

  • Log masuk ke dalam TradingView menggunakan sama ada kod sandaran atau peranti yang anda mempunyai sesi aktif
  • Nyahaktifkan pengesahan dua faktor
  • Aktifkan semula menggunakan aplikasi pengesahan atau pengesahan SMS pada peranti baharu anda

Jika anda mahu menukar nombor telefon yang digunakan untuk 2FA:

  • Pergi ke tab "Privasi dan Sekuriti" dalam tetapan akaun anda
  • Klik "Nyahaktif" di sebelah "Pengesahan telefon"
  • Klik "Aktifkan" dan masukkan nombor telefon baharu untuk 2FA

Rumusan

Kami harap panduan ini membantu anda melindungi akaun anda supaya anda boleh menikmati analisis kewangan dan melabur dengan aman.

Sila kongsi artikel ini dengan yang lain, mereka yang boleh mendapat kebaikan daripadanya.

Dari bahagian kami, kami melakukan segalanya yang mungkin untuk menjaga dan melindungi akaun anda.

Akan tetapi, tiada siapa yang boleh melindungi anda lebih baik daripada anda sendiri. 

Keselamatan anda berada dalam tangan anda.

— Pasukan TradingView

Juga baca: