Harami - Bearis
Bearish Harami ialah satu corak candlestick dua hari dengan satu lilin bersaiz kecil dan berwarna merah yang secara keseluruhannya dirangkumi dalam badan lilin hijau sebelumnya. Corak ini selalunya didahului oleh satu arah aliran menaik dan menunjukkan satu balikan dalam pergerakan harga bulis.
Input:
Secara tradisinya, corak candlestick ini diiktiraf bersama dengan satu arah aliran tertentu, cth. ia mungkin penting untuk corak jika harga telah menaik atau menurun. Pilihan ‘Kesan Arah Aliran Berdasarkan’ membenarkan anda untuk menyatakan yang mana satu kaedah-kaedah berikut digunakan untuk mengesan arah aliran:
- SMA50 - penunjuk membandingkan harga semasa simbol kepada Simple Moving Average (SMA) nya dengan panjang 50. Jika harga semasa adalah di bawah SMA, pergerakan harga ini dikira sebagai satu penurunan. Jika harga di atas SMA, ia adalah satu kenaikan.
- SMA50, SMA200 - penunjuk membandingkan secara berbeza harga semasa kepada SMA50 dan SMA50 kepada SMA200. Jika harga semasa adalah di atas SMA50 dan SMA50 adalah di atas SMA200, ini dikira sebagai satu kenaikan. Jika harga di bawah SMA50 dan SMA50 adalah di bawah SMA200, ini adalah satu penurunan.
- Tiada pengesanan - penunjuk tidak mengambil kira arah aliran harga.
Dengan membandingkan dua SMA berbeza, pilihan 'SMA50, SMA200' hanya mengesan arah aliran yang lebih kuat. Apabila arah aliran adalah lemah dan keadaan di atas tidak dipenuh, tiada corak akan dikesan. Sebaliknya, pilihan 'SMA50' akan juga mengesan arah aliran yang lebih lemah.