Average Directional Index (ADX)

Definisi

Average Directional Index (ADX) adalah satu penunjuk tertentu yang digunakan oleh penganalisa teknikal dan pedagang untuk menentukan kekuatan untuk satu arah aliran (trend). Arah aliran boleh bergerak ke atas atau ke bawah, yang ditunjukkan oleh dua penunjuk yang selalunya bersama-sama  ADX, penunjuk Positive Directional Indicator, yang selalunya dikenali sebagai +DI, dan penunjuk Negative Directional Indicator,juga dikenali sebagai -DI. Disebabkan ini, average directional index diwakili oleh tiga garisan berbeza, mewakili setiap penunjuk. Setiap garisan digunakan untuk membantu menilai satu dagangan dan sama ada perlu mengambil posisi panjang (long) atau posisi singkat (short), atau sebaliknya. Penunjuk ADX di TradingView tidak memaparkan garisan +DI dan -DI, tetapi anda boleh menggunakan penunjuk Directional Movement Index (DMI) untuk melihat kesemua tiga garisan pada masa yang sama.

Sejarah 

Average Directional Index pada mulanya direkabentuk oleh Welles Wilder untuk carta harian komoditi, tetapi ia kemudiannya diubahsuai supaya boleh digunakan di dalam pasaran lain dan pada rangka masa berbeza. Pengubahsuaian ini membenarkan ADX menjadi seperti dirinya sekarang - satu penunjuk untuk menjejak kekuatan arah aliran pasaran dan menganalisa arah aliran dengan bantuan penunjuk-penunjuk arah tambahan.

Pengiraan

Disebabkan Average Directional Index mengandungi beberapa garisan, penunjuk memerlukan satu jujukan pengiraan yang ditunjukkan di bawah. 

  1. Mulakan dengan mengira +DM, -DM, dan True Range (TR) untuk setiap tempoh masa yang anda analisakan. Ambil maklum:
    1. +DM = Tinggi Semasa - Tinggi Sebelum
    2. -DM = Rendah Sebelum - Rendah Semasa
  2. Anda boleh menggunakan +DM apabila Tinggi Semasa - Tinggi Sebelum > Rendah Sebelum - Rendah Semasa.
  3. Gunakan -DM bila Rendah Sebelum - Rendah Semasa > Tinggi Semasa - Tinggi Sebelum.
  4. TR adalah lebih besar dari Tinggi Semasa - Tinggi Sebelum, Tinggi Semasa - Tutup Sebelum, atau Rendah Semasa - Tutup Sebelum.
  5. Teruskan dan lancarkan purata tempoh anda untuk +DM, -DM, dan TR. Kemudian, masukkan nilai-nilai -DM dan +DM untuk mengira purata dilancarkan (smoothed average) untuk semua.
  6. xTR pertama = Jumlah pertama x bacaan TR (x = bilangan untuk…)
  7. Nilai xTR kedua = First xTR - (Prior xTR/14) + Current TR
  8. Kemudian, bahagikan nilai smoothed +DM dengan nilai smoothed TR untuk mendapatkan nilai +DI anda. Darabkan nilai ini dengan 100.
  9. Bahagikan nilai smoothed -DM dengan nilai smoothed TR untuk mendapatkan nilai -DI anda. Darabkan nilai ini dengan 100. 
  10. Formula untuk Directional Movement Index (DX) adalah +DI tolak -DI, kemudian bahagikan dengan jumlah +DI dan -DI (semuanya dalam nilai mutlak). Darabkan nilai ini dengan 100. 
  11. Untuk mendapatkan ADX, anda perlu terus mengira nilai DX untuk tempoh x. Lancarkan keputusan untuk tempoh  untuk mendapatkan nilai ADX anda.
  12. ADX pertama = jumlah tempoh x DX / x
  13. AKhirnya, ADX = ((ADX sebelum * 13) + DX) / x

Pemerhatian dan apa yang perlu diperhatikan

Average Directional Index (ADX), termasuk juga oenunjuk Negative (-DI) / Positive (+DI) Directional, adalah penunjuk momentum dan membantu pelabur menentukan kekuatan satu arah aliran dan arahnya.

Average Directional Index menggunakan harga pasaran dan ia dapat dilihat dengan jelas apabila harga bergerak ke atas (bila +DI di atas -DI), dan bila harga bergerak ke bawah (bila -DI di atas +DI). Bila ada persilangan antara kedua-dua garisan +DI dan -DI, ia boleh menunjukkan isyarat dagangan berpotensi, dengan pasaran bearis dan bulis muncul.

Satu arah aliran menunjukkan kekuatan terbesar apabila Average Directional Index berada di atas 25 (isyarat potensi untuk belian), dan satu arah aliran itu lemah atau harga dikira sebagai tiada arah jika ADX mencapai bawah 20 - menurut penciptanya, Wilder. Perlu diingatkan, jika ADX di bawah 20, ia mungkin bukan satu masa yang sesuai untuk memasuki dagangan.

Jika pasaran menunjukkan tidak mengikuti apa-apa arah aliran tertentu, ini tidak bermakna harga tidak bergerak, tetapi ia mungkin sedang melakukan satu perubahan atau arah yang tidak seperti sekarang.

Kekangan

Persilangan antara garisan penunjuk boleh jadi kerap berlaku. Dalam keadaan yang ia terjadi terlalu kerap, akan timbul kekeliruan antara pedagang dan potensi kehilangan wang adalah tinggi. Keadaan ini dinamakan “isyarat palsu” dan selalu berlaku apabila ADX dikira di bawah 25. 

Average Directional Index hendaklah digabungkan dengan penunjuk lain yang memeriksa harga dan yang boleh menyaring isyarat dan mengawal risiko untuk mendapatkan kelebihan kegunaannya. Seperti kebanyakan penunjuk, ia bekerja dengan lebih bagus jika digabungkan dengan pemproses data yang berkuasa dan alat analitik yang lain.

Kesimpulan

Sebagai kesimpulan, Average Directional Index adalah satu alat yang baik untuk analisa teknikal dan menentukan kekuatan satu arah aliran, sama ada ia akan menaik atau menurun. Gabungkannya dengan penunjuk lain untuk menganalisa arah aliran dan cari masa yang sesuai untuk memasuki dagangan dengan melihat kepada status pasaran.