Balance of Power (BOP)
Definisi
Balance of Power (BOP) adalah satu penunjuk berasaskan harga yang digunakan oleh penganalisa teknikal untuk menilai keseluruhan kekuatan pembeli dan penjual dalam pasaran. BOP berayun sepanjang garisan kosong, di mana nilai-nilai positif menunjukkan dominasi pasaran Bulis dan nilai-nilai negatif menunjukkan dominasi pasaran Bearis. Secara kendiri, BOP bukanlah satu penunjuk yang lancar, dan dinasihatkan untuk digabungkan dengan satu penunjuk yang boleh memperbaiki situasi ini dengan memberikan kelancaran yang utama. Dengan menggabungkan BOP dan Simple Moving Average (SMA), sebagai contoh, hasil adalah satu analisa lancar dan teratur untuk tatapan.
Sejarah
Penunjuk Balance of Power (BOP) dibangunkan oleh Igor Livshin dan kemudiannya diperkenalkan kepada awam pada tahun 2001 melalui Stocks and Commodities Magazine. BOP mengukur arah aliran harga dengan menilai kekuatan pembeli dan penjual dalam pasaran dan menentukan yang mana harga ditolak ke keadaan ekstrem tinggi dan rendah.
Pengiraan
Untuk mengira Balance of Power, gunakan formula berikut:
Balance of Power = (Harga tutup – Harga buka) / (Harga tinggi – Harga rendah)
Pemerhatian
Balance of Power (BOP) diketahui akan berayun sepanjang garisan tengah kosong, dengan julat dari -1 ke +1. Satu BOP positif menunjukkan penguasaan pasaran pembeli, manakala BOP negatif menunjukkan penguasaan pasaran penjual. Apabila BOP bersamaa dengan kosong, ia menunjukkan pembeli dan penjual adalah sama dalam pasaran terkini.
Apa yang perlu diperhatikan
Sentiasa ingat bahawa BOP boleh digunakan untuk menjana isyarat dagangan tertentu pada pelanggaran garisan tengahnya, yang bermaksud:
- Pertimbangkan untuk membeli apabila BOP menjadi positif (merentasi atas garisan kosong) kerana ia mungkin menunjukkan bahawa pembeli sedang menguasai.
- Pertimbangkan untuk menjual apabila BOP menjadi negaitif (merentasi bawah garisan kosong) kerana ia mungkin menunjukkan bahawa penjual sedang menguasai.
Had
Secara kendiri, penunjuk Balance of Power adalah agak berombak dan lebih baik digabungkan dengan penunjuk lain yang boleh memperbaiki perkara ini dengan kelancaran yang tinggi. Selalunya, ia sangat sesuai digabungkan dengan Simple Moving Average (SMA).
Kesimpulan
Balance of Power (BOP) adalah satu penunjuk berasaskan harga yang digunakan untuk analisa teknikal untuk menentukan kekuatan pembeli dan penjual. Secara kendiri, BOP bukannya satu penunjuk yang lancar, dan adalah lebih baik digabungkan dengan penunjuk yang boleh melakukan perkara ini, seperti Simple Moving Average (SMA).