Historical Volatility

Definisi

Historical volatility ialah satu ukuran statistik yang digunakan menganalisa penyebaran umum keselamatan untuk sekuriti atau pulangan indeks pasaran untuk satu tempoh masa tertentu. Ia selalunya dikira dengan mengenalpasti sisihan purata dari satu harga purata instrumen kewangan dalam tempoh masa yang ditetapkan. Pedagang opsyen menggunakan historical volatility untuk mengira kebarangkalian dagangan mereka.

Volatility selalunya dipanggil sebagai kayu ukur ketakutan, tetapi bukan begitu sepenuhnya dan satu kesilapan kerana ia secara utamanya menunjukkan perubahan mendadak dalam harga atau perubahan mendadak terjadi. Selalunya, historical volatility dikira menggunakan sisihan piawai, tetapi ada beberapa cara untuk mengira ukuran. Ambil maklum bahawa semakin tinggi nilai historical volatility, semakin tinggi risiko sekuriti. Memahami bahawa risiko boleh menjadi sama ada bearis atau bulis, keputusan yang didapati tidak semestinya sesuatu yang perlu diwaspadai.

Pemerhatian

Historical volatility selalunya digunakan untuk mengukur jarak satu pergerakan harga sekuriti berbanding kepada nilai puratanya. Akan tetapi, ia boleh digunakan untuk mengukur perkara lain juga, termasuk kemungkinan kerugian.

Historical volatility boleh digunakan untuk mengukur sejauh mana harga indeks bergerak dari moving average untuk pasaran yang mempunyai arah aliran, yang mana ia mengukur bagaimana satu arah aliran kuat dapat menunjukkan satu nilai ketidakstabilan (volatility) yang rendah semasa harga bertukar dengan drastik. Nilai tidak bergerak-gerak pada keadaan harian biasa, tetapi ia berubah dengan perlahan-lahan merentasi masa dengan arah aliran pasaran.

Walaupun digunakan untuk mengukur pergerakan harga, historical volatility juga membantu menganalisa semua jenis penilaian risiko dan toleransi berbeza. Historical volatility yang tinggi mungkin memerlukan toleransi risiko yang lebih tinggi daripada rakan nilai yang lebih rendah. Ini memerlukan kepada perubahan kepada pengukuran, sama ada perubahan tingkatan renti rugi atau pelarasan keperluan margin.

Apa yang perlu diperhatikan

Walaupun volatility tidak kedengaran sangat bagus, ramai pedagang dan pelabur membuat keuntungan yang baik dari high volatility. Dengan volatility rendah juga datang potensi rendah untuk mendapat keuntungan, yang terjadi apabila satu saham atau sekuriti tidak bergerak. Dengan high volatility, ada perjudian berterusan untuk risiko tinggi, keuntungan tinggi. Kerugian, boleh menjadi sangat teruk, yang bermaksud dagangan hendaklah dikira sehingga ke mili saat dan penentuan masa hendaklah sempurna. 

Untuk memudahkan urusan, adalah lebih bagus jika tingkatan volatility dikira pada titik tengah - tidak terlalu tinggi atau terlalu rendah. Sukar untuk menyatakan di mana titik tengahnya, kerana ia berbeza-beza bergantung kepada pasaran tertentun dan lebih mendalam lagi, pada saham tertentu. Dengan membandingkan volatility dengan sekuriti lain dan dengan menggunakan gabungan penunjuk analisa teknikal, satu titik tengah untuk tingkatan volatility tidak akan sukar untuk ditemui.

Kesimpulan

Historical volatility mengukur perubahan harga sekuriti dalam satu pasaran sepanjang satu tempoh masa yang ditetapkan. Ia boleh digunakan untuk mengukur risiko dan pedagang selalu menggunakannya untuk menganalisa dan menentukan status untuk arah aliran pasaran. High volatility selalunya dikaitkan dengan keadaan negatif, tetapi ini bukan selalunya terjadi, seperti yang dijelaskan di atas. Jika anda tidak sedia untuk berjudi, mencari satu tapak neutral dalam historical volatility adalah satu langkah yang baik untuk dagangan anda.