Ichimoku Cloud

Definisi

Ichimoku Cloud ialah satu pakej pelbagai penunjuk teknikal yang menunjukkan sokongan, rintangan, arah aliran pasaran dan momentum pasaran. Ia merupakan salah satu daripada beberapa penunjuk di luar sana yang berusaha untuk memberikan beberapa pandangan yang berguna dalam satu tempat. Disebabkan ini, ia agak susah untuk difahami pada awalnya, tetapi ia selalunya digunakan oleh pedagang-pedagang profesional dan peserta-peserta pasaran.

Sejarah

Penghujung tahun 1960an, Goichi Hosada memperkenalkan Ichimoku Cloud. Ia mengambil masa beberapa tahun untuk penggunaannya berkembang dan difahami, tetapi pada masa kini ia sudah dikenali umum dan digunakan sebagai satu penunjuk dalam bidang analisa teknikal.

Pengiraan

Ichimoku Cloud boleh dikira dalam beberapa cara berbeza. Ia bergantung kepada rangka masa, keperluan dan kefasihan anda dalam analisa teknikal. 

di mana:

PH = Period high

PL = Period low

CL = Conversion line

Tinggi dan rendah yang disebut dalam titik pengiraan ke arah harga-harga tertinggi dan terendah dianalisa semasa tempoh masa yang dipilih. Dengan menambahkan penunjuk Ichimoku Cloud, pengiraan untuk harga-harga tertinggi dan terendah akan dilakukan untuk anda. Anda juga boleh melakukannya sendiri jika anda inginkan. Langkah-langkah untuk melakukan pengiraan anda sendiri adalah disenaraikan seperti di bawah.

  1. Mula dengan mengira penukaran garisan dan garisan asas.
  2. Kemudian, gunakan pengiraan anda sebelum ini untuk mengira Leading Span A. Sebaik sahaja anda mempunyai pengiraan baru ini, plot titik 26 tempoh masa data ini di masa hadapan.
  3. Selepas anda melakukan ini, teruskan dan kira Leading Span B, dan sekali lagi, plot itik 26 tempoh masa data ini di masa hadapan juga.
  4. Dalam terma lagging span, teruskan dan plot harga penutup 26 tempoh masa yang telah berlalu pada carta anda. Perbezaan di antara Span A dan Span B akan kelihatan dalan warna berbeza, menjadikan kesan “awan”. Ambil maklum bahawa awan adalah hijau apabila Leading Span A di atas Leading Span B dan berwarna merah apabila Leading Span B di atas Leading Span A.
  5. Untuk mencipta garisan-garisan, mulakan langkah-langkah ini sekali lagi dari Langkah 1. Ini akan membenarkan anda untuk mencipta titik-titik data baru untuk tempoh masa tertentu yang anda minati. Dengan menghubungkan titik-titik data dengan satu sama lain, anda akan nampak “awan” akan mula terbentuk.

Pemerhatian

Cloud adalah satu bahagian penting untuk penunjuk teknikal secara keseluruhan dan membantu pedagang dan pelabur mengenalpasti pengiraan khusus yang dilakukan kepada carta. Harga di bawah awan menunjukkan satu arah aliran menurun, di mana harga di atas awan menunjukkan satu arah aliran menaik. Isyarat-isyarat arah aliran ini boleh menjadi kuat jika kedua-dua awan dan harga adalah bergerak dalam arah yang sama. Keadaan yang sama juga, isyarat boleh menjadi lemah jika awan bergerak pada arah yang bertentangan.

Apa yang perlu diperhatikan

Dengan menggunakan pelbagai purata-purata, penunjuk Ichimoku Cloud memberikan pedagang dan pelabur maklumat data yang luas dan utama. Arah aliran adalah kuat apabila harga berada di atas awan, dan lemah bila harga berada di bawah awan, atau bertukar apabila harga berada dalam awan. 

Seperti yang disebutkan dalam bahagian Pengiraan di atas, apabila Leading Span A jatuh di bawah Leading Span B, kita boleh mengesahkan satu arah aliran menurun. Awan, dalam kes ini, memaparkan rona merah. Apabila Leading Span A berada di atas Leading Span B, kita boleh mengesahkan satu arah aliran menaik. Awan, dalam kes ini, memaparkan satu rona hijau.

Awan Ichimoku boleh digunakan dengan penunjuk-penunjuk teknikal yang lain untuk mengakses risiko dengan lebih baik. Dengan melihat pada arah aliran lebih besar, dengan pertolongan beberapa penunjuk, pedagang mampu untuk melihat bagaimana arah aliran kecil boleh digabungkan dengan keseluruhan gambaran pasaran.

Had

Dengan semua garisan dan pembayang awan dan titik-titik data, carta boleh kelihatan agak sesak dan sempit. Untuk bekerja dengan keadaan ini, ada perisian yang boleh menyembunyikan garisan-garisan ini supaya carta kelihatan lebih jelas untuk pedagang dan semua maklumat yang anda mahu lihat berada di hadapan carta. Di TradingView, kami mempunyai ciri-ciri istimewa yang tersedia untuk semua pengguna kami. Sesiapa yang menggunakan platform kami boleh memilih garisan dan latarbelakang yang mereka mahu tunjukkan dan juga menyesuaikan warna, ketebalan garisan dan kelegapan dengan hanya melakukan satu klik mudah. 

Disebabkan penunjuk ini berasaskan kepada data sejarah, walaupun titik-titik data dan purata-purata boleh diplotkan di masa hadapan, tiada yang boleh mengira apa-apa ramalan untuk arah aliran pasaran masa hadapan. Ini merupakan satu kekangan untuk Ichimoku Cloud.

Kekangan akhir yang akan dibincangkan adalah awan boleh menjadi tidak relevan dan boleh dikatakan tidak berguna apabila harga berada pada satu kadar tetap, sama ada di bawah atau di atas awan untuk satu jangka masa yang panjang. Ini adalah apabila garisan lain, seperti garisan pertukaran atau garisan asas, adalah menjadi penting. Ini disebabkan mereka selalunya menepati lebih kepada tingkatan harga.

Kesimpulan

Ichimoku Cloud mempunyai beberapa penunjuk teknikal yang memberikan isyarat tingkatan sokongan dan rintangan termasuk juga arah arah aliran dan momentum. Penunjuk menggunakan beberapa purata untuk meramalkan tingkatan sokongan dan rintangan dalam pasaran dan boleh digunakan dalam gabungan dengan penunjuk-penunjuk lain untuk memberikan data lebih konklusif dan memantau risiko.