Klinger Oscillator

Definisi

Klinger Oscillator menumpukan kepada mengenalpasti pergerakan wang dalam arah aliran jangka panjang, manakala secara serentaknya menentukan pergerakan dan kenaikan/penurunan jangka pendek. Penunjuk teknikal ini membandingkan pergerakan harga sekuriti kepada volum sekuriti dan mengeluarkan keputusan dari kedua-dua ini kepada satu pengayun.

Tujuannya adalah untuk menunjukkan perbezaan di antara dua moving average yang bukan hanya berdasarkan kepada harga, tetapi faktor-faktor lain juga. Moving average ini juga berdasarkan pada rangka masa dan tempoh yang selalunya dianalisa kekal kepada tempoh 34 dan 55. Pedagang dan pelabur memerhatikan pengayun dengan teliti untuk perbezaan penunjuk (indicator divergence) yang boleh menunjukkan adanya balikan harga sekuriti dalam pasaran.

Sejarah

Klinger Oscillator dibangunkan dan diperkenalkan oleh Stephen Klinger.

Pengiraan

Formula untuk Klinger Oscillator dan cara untuk mengiranya adalah seperti berikut.

KO = 34 Period EMA of VF - 55 Period EMA of VF

Definisi:

KO = Klinger Oscillator

VF = Volume Force

Volume Force = V x [2 x ((dm/cm) - 1)] x T x 100

Definisi:

V = Volume

T = Trend

Trend = +1 if (H + L + C) > (H-1 + L-1 + Cv-1)

Trend = -1 jika Above ialah < atau =

Definisi:

H = High

L = Low

C = Close

dm = H - L

cm = cm-1+dm jika Trend = Trend-1

cm = dm-1 + dm jika Trend =/= Trend-1

  1. Untuk memulakan proses, mulakan dengan menentukan volum untuk tempoh dan harga untuk tinggi, rendah dan tutup.
  2. Teruskan dengan membandingkan nilai-nilai ini kepada tempoh masa sebelum ini untuk menentukan sama ada Arah Aliran adalah positif atau negatif.
  3. Kemudian, teruskan dan kira dm dengan menggunakan nilai-nilai tinggi dan rendah untuk tempoh terkini.
  4. Teruskan dengan mengira cm dengan menggunakan dm dan nilai-nilai cm sebelumnya. Jika diperlukan, anda boleh menggunakan nilai dm selain daripada nilai cm sebelumnya dalam pengiraan pertama.
  5. Kemudian anda perlu mengira Volume Force (VF).
  6. Selepas ini, teruskan dengan mengira tempoh 34 dan tempoh 55 Exponential Moving Averages (EMA) untuk Volume Force (VF).
  7. Akhir sekali, lihat formula di bawah yang digunakan oleh Stephen Klinger apabila mengira untuk Exponential Moving Average (EMA):

EMA = (C x A) + (E x B)

Definisi:

C = Tempoh VF terkini

A = 2 / (X + 1), di mana X ialah tempoh Moving Average (sama ada 34 atau 55)

E = Tempoh EMA sebelumnya

B = 1-A

Pemerhatian

Dengan menganalisa perbezaan di antara dua moving average yang ditetapkan pada rangka masa berbeza (34 dan 55 dalam kebanyakan kes), pengayun cuba untuk memberikan data dan menunjukkan kepada pedagang bagaimana volum sekuriti boleh memberikan kesan kepada kedua-dua arah harga jangka pendek dan jangka panjang.

Garisan Isyarat

Satu moving average tempoh 13, yang dikenali sebagai signal line, selalunya digunakan untuk mencetus isyarat beli atau jual dalam pasaran. 

Arah Aliran Menaik

Apabila satu aset atau sekuriti berada di atas tempoh 100 moving average nya dan pengayun di atas (atau sedang bergerak ke atas) kosong, ini adalah satu contoh yang bagus untuk satu arah aliran menaik. Pedagang dan pelabur mungkin merasakan lebih cenderung untuk membeli apabila pengayun kemudiannya bergerak di atas garisan isyarat dari bawah. Perlu ditekankan bahawa Stephen Klinger sendiri mendapati adalah lebih berguna untuk mengambil posisi panjang apabila satu saham berada dalam arah aliran menaik dan apabila jatuh di bawah kosong sahaja untuk bergerak di atas garisan isyarat semula. Ini selalunya menunjukkan satu kejatuhan pada harga. Perkara ini perlu diingati apabila menganalisa pasaran dengan penunjuk Klinger Oscillator.

Arah Aliran Menurun

Apabila satu aset atau sekuriti berada dalam satu arah aliran menurun, adalah wajar untuk pedagang menjual atau mengambil posisi singkat jika Klinger Oscillator kemudiannya bergerak di bawah garisan isyarat dari atas. Perlu diketahui bahawa Klinger merasakan perkara ini penting sekiranya penunjuk melompat melepasi kosong, melawan keadaan normalnya. Perubahan dari kosong ini selalunya menunjukkan adanya kenaikan pada harga.

Apa yang perlu diperhatikan

Pengayun menggunakan perubahan (divergence) untuk menentukan sama ada betul atau tidak inputnya mengesahkan arah arah aliran umum untuk pergerakan harga. Jika nilai penunjuk bergerak ke atas walaupun harga sekuriti jatuh, ia dikira sebagai satu isyarat bulis. Jika nilai penunjuk jatuh, tetapi harga sekuriti terus menaik, ia dikira sebagai satu isyarat bearis.

Kekangan

Isyarat palsu boleh selalu terjadi dengan perubahan (divergence) dan selalunya dengan pergerakan pengayun ini. Ia boleh jadi susah untuk mengetahui isyarat manakah yang betul dan yang mana sudah luput, yang penting diketahui apabila menggunakan penunjuk ini. Tambahan lagi, merentasi atas dan bawah garisan kosong boleh menjadi agak mengelirukan untuk dianalisa, disebabkan kes di mana satu penunjuk merentasi garisan kosong tanpan mengekalkan arah pergerakannya. Satu penunjuk mungkin mempunyai kesukaran bergerak walaupun ada perubahan pada harga. Kegagalan untuk memberikan amaran kepada pedagang boleh menyebabkan kehilangan wang atau peluang dagangan.

Juga perubahan (divergence) boleh menjadi agak berguna dalam beberapa kes, ia juga boleh memberikan isyarat terlalu awal. Ini boleh menyebabkan kelambatan pembacaan arah aliran atau ketidakupayaan untuk berakhir dalam satu balikan harga. Ia juga penting untuk dimaklumkan bahawa perubahan (divergence) juga tidak selalunya tersedia pada balikan harga (price reversal), ia bukannya satu alat berdaya maju untuk menentukan bila dan di mana balikan harga akan terjadi. Disebabkan ini, adalah penting untuk menggunakan Klinger Oscillator dengan penunjuk-penunjuk teknikal lain dan penunjuk yang mensasarkan kepada analisa harga.

Kesimpulan

Klinger Oscillator mencari cara menentukan arah aliran pergerakan wang jangka panjang, dan pada masa yang sama juga mampu mencari pergerakan jangka pendek dalam pasaran. Ia membandingkan pergerakan harga sekuriti kepada volum satu sekuriti dan menukarkan hasil ini kepada satu pengayun yang mensasarkan untuk menunjukkan perbezaan di antara dua moving average yang tidak hanya berdasarkan kepada harga.