Net Volume
Definisi
Net volume dikira dengan menolak volum kenaikan (uptick volume) untuk satu sekuriti atau aset dengan volum penurunan (downtick volume) satu aset sepanjang satu tempoh masa yang dipilih oleh pedagang. Ia memisahkan dirinya dari penunjuk volum lain kerana ia menunjukkan satu perbezaan yang jelas sama ada satu pasaran itu bulis atau bearis. Pedagang akan melihat net volume dipaparkan di bawah carta harga dan bar akan memaparkan nilainya untuk setiap tempoh masa diberikan yang diplotkan di atas carta.
Pemerhatian
Pedagang selalunya menggunakan penunjuk net volume untuk menentukan arah pasaran dan sentimen selain daripada nilai-nilai volum standard. Satu net volume positif boleh menunjukkan kenaikan (uptick) itu dan tekanan belian adalah melangkaui penurunan (downtick) dan tekanan jualan dalam satu aset. Satu net volume negatif akan menunjukkan sebaliknya. Net volume adalah bertujuan untuk mengukur tekanan jualan dan belian untuk satu aset sepanjang satu tempoh masa tertentu.
Apa yang perlu diperhatikan
Net volume boleh digunakan untuk menilai, mengukur dan menentukan kekuatan dan volum untuk tekanan belian dan jualan. Ia merupakan satu cara berbeza untuk membayangkan di mana pembeli dan penjual meletakkan wang paling banyak pada satu-satu masa. Net volume boleh dibandingkan dan contrasted volume, yang hanya menunjukkan keseluruhan saham yang didagangkan. Akan tetapi, Net volume adalah berbeza dalam pengiraanya kerana menggunakan uptick dan downtick dan paparannya di atas carta.
Kesimpulan
Net volume adalah satu penunjuk analisa teknikal yang menolak volum kenaikan (uptick volume) untuk satu sekuriti atau aset dari volum penurunan (downtick volume) sepanjang satu tempoh masa tertentu. Net volume boleh dilihat di bawah carta harga dan secara ekslusifnya mengenalpasti volum satu rangka masa tunggal tertentu yang dipilih oleh pedagang.