Peraturan penerbitan skrip
Peraturan ini adalah terpakai untuk semua skrip umum di TradingView. Sekiranya anda memenuhi kriteria untuk dianggap sebagai Pembekal (vendor), misalnya, anda menerbitkan skrip jemputan-sahaja, anda juga perlu memenuhi Syarat Pembekal kami.
Peraturan ini hanya berkaitan penerbitan skrip. Perlu diingat bahawa Peraturan Dalaman Am TradingView juga perlu dipatuhi oleh pengarang skrip, selain peraturan ini.
Anda akan mendapat maklumat tambahan yang berguna untuk penulisan skrip di sini:
- Panduan untuk penulis skrip
- Moderasi skrip di TradingView
- Manual Pengguna Pine mengenai Penerbitan Skrip
- Privasi skrip
- Syarat Penggunaan, Dasar dan Penafian (sekysen 20 merangkumi skrip)
Kebolehlihatan Skrip
Pengguna untuk semua jenis akaun di TradingView dapat menerbitkan skrip secara terbuka atau peribadi. Tidak kira kebolehlihatan peribadi / umum yang dipilih untuk skrip, anda boleh menggunakan sumber penerbitan atau kawalan akses yang dibenarkan oleh jenis akaun anda: sumber terbuka, dilindungi, atau undangan sahaja. Semua skrip yang anda terbitkan muncul di tab Skrip profil pengguna anda.
Skrip Peribadi
Skrip Peribadi tidak dimoderasikan dan tidak dapat dilihat oleh semua orang kecuali anda. Sekiranya anda memilih untuk menerbitkan secara peribadi, anda juga harus menerima bahawa penerbitan tersebut mesti disamarkan di tempat lain di TradingView. Anda tidak dibenarkan merujuk atau memautkannya dari mana-mana kandungan TradingView awam.
Anda boleh berkongsi penerbitan peribadi dengan rakan atau pelanggan dengan mengirimkan pautan ke skrip anda yang boleh didapati dengan menyalin URL dari pelayar anda.
Skrip Umum
Skrip umum muncul di Perpustakaan Awam TradingView, di mana ia dapat dilihat oleh berjuta-juta pengguna TradingView dan mana-mana pengguna Internet yang mempunyai akses ke pautan itu. Oleh sebab ia bersifat umum, skrip haruslah memenuhi syarat-syarat berikut:
Bahasa
- Perpustakaan Awam adalah umum untuk semua versi bahasa TradingView. Untuk semua ahli mendapat manfaat daripada semua skrip yang diterbitkan, Bahasa Inggeris mesti diutamakan:
- Tajuk mesti dalam bahasa Inggeris sahaja.
- Bahasa lain boleh diterima dalam keterangan, tetapi bahasa Inggeris mesti ditulis terlebih dahulu.
- Penulis boleh menggunakan bahasa lain selain daripada Bahasa Inggeris untuk teks antara muka pengguna skrip yang mereka terbitkan, tetapi untuk melakukan sedemikian, mereka hendaklah memberikan terjemahan Bahasa Inggeris untuk teks ini dalam penjelasan penerbitan.
Keaslian dan kefungsian
- Penjelasan skrip adalah ruang untuk anda menerangkan kepada komuniti keaslian dan manfaat kepada pedagang. Sekiranya penerangan anda tidak mengikuti panduan ini, moderator akan menyembunyikan penerbitan.
- Pastikan skrip anda asli dan memberikan nilai tambah kepada Skrip Komuniti. Elakkan pemcampuran semula sumber terbuka terbina dalam, kod dijana automatik, kod dari bahan pembelajaran pihak ketiga atau kod domain awam yang lain. Walaupun latihan itu boleh membantu anda mempelajari Pine, ia tidak menambahkan pengetahuan kepada TradingView.
- Sekiranya anda ingin berkongsi persediaan perdagangan yang tidak memerlukan skrip baharu, terbitkan idea yang menerangkannya bukan skrip. Sebagai contoh, persediaan moving average dengan nilai-nilai parameter berbeza tidak memerlukan penerbitan skrip baharu.
- Apabila menggabungkan penunjuk atau kod lain dalam satu skrip, penjelasan penerbitan anda hendaklah mewajarkan sebab mashup dan menjelaskan bagaimana komponen-komponennya bekerja bersama-sama. Satu mashup dengan tiada tujuan lain selain daripada menggabungkan penunjuk atau kod lain tidak memerlukan satu penerbitan skrip baharu.
- Skrip sumber tertutup yang dihasilkan semula dari skrip sumber terbuka sedia ada tidak dibenarkan. Sekiranya keterangan skrip sumber tertutup anda tidak menjelaskan keunikannya yang memerlukan anda melindungi sumber, moderator akan menyembunyikan penerbitan.
- Penulis boleh menerbitkan cubaan untuk menghasilkan semula gelagat skrip sumber terbuka, tetapi disebabkan mereka tidak mempunyai akses kepada kod sumber skrip, tuntutan tersirat atau tersurat atau demonstrasi yang mencadangkan bahawa tindakan mengubah untuk menghasilkan semula gelagat skrip adalah tidak dibenarkan.
- Moderator boleh pada beberapa keadaan bertolak-ansur dengan beberapa skrip yang melanggar semangat Peraturan Dalaman tetapi mereka akan menyembunyikannya sekiranya penerbitan itu asyik berulang. Begitu juga dengan skrip yang tidak mempunyai keaslian, percubaan untuk mengubah skrip sumber tertutup dll.
- Penerbitan skrip anda sebagai keseluruhan sepatutnya mencerminkan minat dan kepakaran anda. Walaupun satu daripada kefungsian skrip anda mungkin sama dengan skrip penulis lain, percubaan untuk meniru beberapa skrip daripada penulis-penulis lain adalah tidak dibenarkan.
Tajuk
- Gunakan hanya set aksara 7-bit ASCII. Emoji dan kesan khas menggunakan watak tidak dibenarkan.
- Jangan sekali-kali menggunakan semua huruf besar untuk mana-mana bahagian tajuk anda kecuali singkatan seperti BB, SR, dll.
- Gunakan Bahasa Inggeris sahaja.
Penjelasan
- Tulis keterangan terperinci dan bermakna yang membolehkan pengguna memahami skrip anda, bagaimana ia dilakukan dan bagaimana menggunakannya. Berikan pedagang idea mengenai konsep asas pengiraan anda. Menyebutkan bahawa skrip anda mengikuti trend atau bertujuan untuk scalping tidak banyak membantu peniaga; akan lebih berguna bagi peniaga sekiranya anda memberi mereka idea bagaimana kaedah pengesanan trend atau scalping yang anda gunakan.
- Huraian skrip anda mesti lengkap dan tidak boleh bergantung pada penyerahan kod sumber terbuka anda atau pautan / rujukan ke kandungan lain untuk membuat tujuan skrip anda jelas.
- Huraian skrip sumber tertutup mesti membolehkan peniaga memahami bagaimana ianya dapat melakukan apa yang anda katakan. Kami tidak mengharapkan anda untuk mendedahkan semua logik asas skrip anda, tetapi jika anda menerbitkan skrip sumber tertutup, kami menganggap ia melakukan sesuatu yang asli, dalam hal ini sekurang-kurangnya peniaga dan moderator dapat memahami sebahagian skrip.
- Penerbit skrip sumber terbuka harus diingat bahawa hanya segelintir pengguna TradingView dapat membaca Pine. Mereka bergantung pada keterangan anda untuk memahami bagaimana menggunakan skrip anda.
- Skrip sumber terbuka dan dilindungi adalah percuma. Tidak perlu mengiklankan ini dalam penerbitan, dan penerbitan skrip yang diiklankan untuk jangka waktu yang terbatas tidak dibenarkan.
- Emoji dibenarkan, selagi tidak menghalang pembacaan keterangan anda.
- Jangan menghadkan akses kepada skrip dilindungi. Gunakan skrip jemputan sahaja untuk mengawal akses pengguna kepada skrip anda.
Carta
- Carta yang anda terbitkan dengan skrip anda mestilah mudah difahami dan dikenali. Inilah sebab mengapa kami meminta anda menerbitkan skrip anda dengan carta yang bersih.
- Kecuali skrip anda mesti digunakan dengan yang lain dan keterangan anda menjelaskan mengapa, jangan masukkan skrip lain pada carta.
- Anda boleh menggunakan gambar atau imej pada carta, tetapi ia harus menyumbang untuk memahami apa yang dilakukan oleh skrip anda atau bagaimana menggunakannya.
- Jangan sertakan lukisan carta atau imej jika penggunaannya tidak dijelaskan.
- Skrip yang mengeluarkan isyarat Beli / Jual menggunakan jenis carta bukan standard (Heikin Ashi, Renko, Kagi, Titik & Angka dan Julat) tidak dibenarkan, kerana memberi hasil yang tidak realistik. Lihat penerbitan ini jika anda perlu memahami mengapa.
- Tunjukkan maklumat nama simbol / jangka masa yang lengkap pada carta anda supaya pedagang dapat mengetahui apa yang mereka sedang lihat.
Hasil strategi
- Berusaha menerbitkan hasil ujian belakang yang tidak mengelirukan pedagang.
- Gunakan saiz akaun yang realistik untuk pedagang biasa.
- Gunakan komisyen DAN kegelinciran (slippage) yang realistik.
- Saizkan dagangan dan hentian (stop) untuk jumlah ekuiti yang mampu dirisikokan. Merisikokan lebih daripada 5-10% pada satu dagangan adalah tidak dikira sebagai sesuai.
- Pilih satu set data yang akan menjana bilangan dagangan yang menghasilkan saiz sampel yang mencukupi, secara idealnya adalah lebih daripada 100 dagangan.
- Kecuali simbol pada carta anda memerlukannya, jangan gunakan jumlah kontrak yang tetap.
- Jika anda tersasar daripada cadangan di atas, jelaskannya dalam penjelasan anda.
- Jelaskan Sifat lalai strategi anda dalam penerangan skrip dan gunakan tetapan yang sama untuk penerbitan anda.
- Jangan terbitkan strategi yang mengeluarkan amaran berhati-hati.
Pengecualian dan tuntutan yang tidak realistik
- Jangan membuat tuntutan yang tidak realistik atau tidak berasas mengenai prestasi skrip anda, sama ada di TradingView atau tempat lain. Semua dakwaan prestasi sejarah atau potensi dagangan, ketepatan isyarat, kebolehpercayaan statistik dll hendaklah dibuktikan dengan jelas. Jadikan bahasa anda tepat. Paling penting, anda perlu menjaga tutur bicara anda apabila membincangkan mengenai masa depan, dengan selalu ingat bahawa ia adalah tidak diketahui dan hasil lepas tidak menjamin prestasi masa depan.
- Berterus-terang dengan pedagang mengenai apa yang dilakukan dan tidak dilakukan oleh skrip anda. Beri amaran kepada pengguna mengenai kekurangan skrip anda. Contohnya, sekiranya anda memplot sebelum ini menggunakan ofset, pastikan untuk menyebutnya supaya anda tidak mengelirukan pedagang.
- Jangan gunakan panggilan `request.security()` menggunakan lookahead untuk mengakses data masa depan. Lihat penerbitan ini jika anda memerlukan lebih maklumat.
Penggunaan semula sumber terbuka
- Peraturan penggunaan semula sumber terbuka ini mendahului sebarang lesen yang digunakan oleh pengarang, termasuk Mozilla Public License 2.0 yang tertakluk untuk semua sumber terbuka yang diterbitkan di TradingView. Pilihan lesen pengarang berlaku setelah P"eraturan Dalaman mengenai penggunaan semula berikut dipenuhi.
- Sekiranya skrip anda menggunakan semula kod sumber terbuka dari pengarang lain:
- Anda mesti mengkredit pengarang dalam penjelasan penerbitan anda. Ia adalah satu amalan baik untuk mengkredit dalam komen sumber terbuka.
- Anda mesti membuat penambah baikan yang bermakna dan ketara pada asas kod asal dan ia hendaklah mengambil kira bahagian yang kecil dalam skrip anda. Perubahan gaya, perubahan input, penamaan semua pemboleh ubah, penyusunan semula kod, penukaran antara versi Pine Script™ dll tidak memberikan maksud penambah baikan ketara.
- Skrip anda juga hendaklah diterbitkan secara sumber terbuka, kecuali ada kebenaran tersurat yang diberikan oleh penulis sebenar atau kecuali kod digunakan semula itu dikira sebagai domain awam DAN merupakan bahagian yang kurang utama dalam asas kod anda.
- Pengecualian domain awam:
- Kami mengambil kira beberapa kod sumber terbuka di TradingView sebagai "domain awam":
- Semua kod yang diterbitkan oleh TradingView dalam bentuk terbina dalam atau dokumentasi.
- Skrip perpustakaan diterbitkan secara awam (tetapi bukan skrip penunjuk atau strategi).
- Kod standard yang dibawa dari penunjuk klasik yang banyak terdapat di platform lain seperti RSI, Stoch, dll. Ini tidak termasuk kod asli yang mengandungi penyesuaian khusus pengarang atau penunjuk yang baru diterbitkan di tempat lain.
Ujian
- Skrip yang bertujuan untuk kegunaan peribadi, ujian atau projek yang tidak lengkap tidak boleh digolongkan dalam Perpustakaan Awam. Gunakan penerbitan peribadi untuk skrip peribadi dan ujian.
Versi
- Daripada menerbitkan sedikit variasi atau sedikit kemas kini skrip yang sedia ada sebagai penerbitan yang berasingan, gabungkannya dalam skrip yang sama dan terbitkan kemas kini menggunakan ciri Kemas Kini di tetingkap Terbitkan.
- Sekiranya anda ingin menggunakan asas data untuk mengekalkan fungsi skrip yang lebih lama dan banyak digunakan, maka ini harus dijelaskan dalam keterangan.
- Gunakan Pine v5/v6 untuk menulis skrip anda.
Skrip dimoderasikan
Moderator akan menyembunyikan skrip yang diterbitkan jika melanggar peraturan kami. Apabila skrip anda dimoderasikan, anda akan menerima mesej peribadi dari akaun moderator PineCoders. Mesej akan menyenaraikan pelanggaran anda. Baca dengan teliti sebelum membalas PineCoders. Setelah membacanya, balas jika anda mempunyai soalan. Moderator dengan senang hati akan membantu anda.
Skrip tersembunyi tidak dapat dikemas kini atau dikeluarkan. Mereka mempunyai latar belakang merah dan tidak lagi dapat dilihat oleh orang awam; hanya moderator dan pengarang yang dapat melihatnya. Anda boleh menerbitkan semula skrip dan keterangan baru yang mematuhi peraturan jika anda mahu.
Pelanggaran berturut-turut biasanya disertai dengan peningkatan tempoh larangan. Pada akhirnya, mereka boleh menyebabkan larangan kekal. Perhatikan bahawa larangan akan mempengaruhi ciri penggunaan akaun media sosial dari akaun - bukannya untuk melukis carta.
Pelanggaran Serius
Beberapa pelanggaran lebih serius daripada yang lain dan boleh menyebabkan larangan kekal serta-merta. Ini termasuk penipuan, spam Perpustakaan Awam, mengelirukan pedagang dan permintaan/pengiklanan di luar ruangan Tandatangan akaun Premium.
Had untuk Akaun asas
Akaun asas boleh menerbitkan skrip tiga bulan selepas mereka didaftarkan. Penerbitan dihadkan kepada dua penerbitan skrip awam untuk setiap bulan. Tiada had penerbitan untuk penerbitan peribadi.