Volume Oscillator
Definisi
Penunjuk Volume Oscillator ialah satu penunjuk yang diperbuat daripada dua Moving Averages (MA) merangkumi volum, satu yang pantas dan satu yang perlahan. Nilai volum MA yang perlahan kemudiannya ditolak dari nilai volum MA yang laju. Volume Oscillator mengukur volum dengan menganalisa hubungan di antara dua Moving Averages yang diperkatakan.
Pengiraan
Penunjuk Volume Oscillator mengira kedua-dua volum moving average yang pantas dan perlahan, yang ditetapkan pada tetapan lalai berbeza. Moving Average volum pantas mempunyai tetapan lalai 14, bermaksud satu tempoh masa 14 hari atau minggu. Moving Average volum perlahan pula, mempunyai tetapan lalai 28, bermaksud satu tempoh masa 28 hari atau minggu.
Pemerhatian
Penunjuk Volume Oscillator selalunya menggunakan analisa volum untuk menentukan nilai-nilainya. Mari kita lihat dengan lebih mendalam kepada dua prinsip ini.
Mula-mula, mari kita analisa bagaiman kenaikan atau penurunan harga dengan satu peningkatan volum boleh menunjukkan potensi kekuatan arah aliran. Dalam kes ini, adalah penting untuk menganalisa dan mengikuti MA volum pantas. Jika ia adalah di atas MA volum perlahan dan Volume Oscillator berada di atas garisan kosong (zero line), keputusan mungkin akan mengesahkan arah harga dan arah aliran pasaran, sama ada arah menaik atau arah menurun (uptrend or downtrend).
Kemudian, kita boleh lihat bagaimana satu kenaikan atau penurunan dalam harga bersama-sama dengan penurunan volum boleh memberikan petanda kelemahan arah aliran. Dalam kes ini, adalah penting untuk menganalisa dan mengikuti MA volum pantas. Jika ia adalah di bawah MA volum perlahan dan Volume Oscillator berada di bawah garisan kosong (zero line) , keputusan mungkin akan memberikan amaran kepada pedagang bahawa arah harga dan keseluruhan arah aliran pasaran adalah lemah.
Apa yang perlu diperhatikan
Apabila ada kenaikan dalam harga yang ketara, perbezaan (divergence) Volume Oscillator boleh terjadi. Perbezaan ini selalunya datang dengan satu penurunan dalam keseluruhan volum, di mana pedagang hendaklah berwaspada. Apabila satu perbezaan (divergence) terjadi, MA volum pantas dilaporkan berada di bawah MA volum perlahan, dan Volume Oscillator menunjukkan ia berada di bawah garisan kosong Perbezaan (zero line Divergence), terutamanya dalam kes seperti di atas, boleh dijadikan sebagai amaran kepada pedagang dan isyarat bahawa arah harga semasa adalah lemah dan adanya potensi satu balikan arah aliran (trend reversal) akan terjadi tidak lama lagi.
Pedagang akan nampak histogram yang terhasil bergerak atas dan bawah garisan kosong, yang membantu memberikan gambaran kepada arah aliran harga dan menentukan sama ada arahnya adalah kuat atau lemah. Nilai-nilai positif adalah diplotkan di atas garisan kosong dan mereka menunjukkan adanya cukup sokongan pasaran wujud untuk harga kekal mengikuti arah arah aliran semasa. Nilai-nilai negatif pula, diplotkan di bawah dan menunjukkan kekurangan sokongan pasaran, di mana kemungkinan harga akan terbantut atau menuju ke arah balikan arah aliran.
Kekangan
Adalah lebih baik untuk menggunakan beberapa penunjuk analisa teknikal daripada kekal dengan hanya satu penunjuk sahaja. Anda tidak mahu bergantung hanya pada satu penunjuk untuk analisa pasaran, disebabkan itu kami mencadangkan anda menggunakan beberapa penunjuk untuk membantu dagangan anda. Akhir kata, tiada penunjuk yang 100% boleh diharapkan, jadi lindungi wang anda dengan menggunakan pelbagai alat-alat untuk mencapai apa yang anda inginkan.
Kesimpulan
Volume Oscillator ialah satu penunjuk analisa teknikal berguna yang mengunjurkan kekuatan atau kelemahan arah aliran harga. Dengan menganalisa volum, pedagang mampu menentukan lebih banyak dagangan berpotensi dan mungkin akan mendapati penunjuk ini, tambahan kepada penunjuk dan alat berasaskan arah aliran, adalah lebih berguna untuk mereka.