Ulasan brokeraj

TradingView membenarkan anda menghubungkan kepada brokeraj dan berdagang secara langsung dari Carta Super.

Anda boleh menulis ulasan mengenai brokeraj anda untuk berkongsi pengalaman anda. 

Mempunyai akaun langsung dengan satu daripada broker teratas dan bursa membolehkan anda untuk memberikan ulasan jika anda mengikuti beberapa panduan asas seperti berikut:

  • Anda tidak dibenarkan memberikan ulasan sekiranya anda bekerja dengan broker atau berhubun dengan mereka secara langsung
  • Ulasan anda tidak boleh mengandungi bahasa yang menyinggung perasaan, termasuk pernyataan yang ganas dan memfitnah, atau apa-apa kandungan yang melanggar Peraturan Dalaman kami atau undang-undang berkaitan
  • Kandungan ulasan anda tidak boleh memfokuskan sepenuhnya pada etika atau pandangan politik
  • Kandungan ulasan anda tidak boleh menyertakan maklumat peribadi individu lain atau butiran lain yang dapat digunakan untuk mengenal pasti atau menghubungi seseorang
  • Ulasan anda mestilah berkaitan dengan perkhidmatan yang ditawarkan oleh broker
  • Ulasan anda tidak boleh merangkumi rujukan promosi atau pautan lain