Relative Vigor Index

Definisi

Relative Vigor Index (RVI) adalah berdasarkan kepada kemungkinan harga menutup lebih tinggi daripada harga buka dalam pasaran menaik (market uptrend), dan sebaliknya, menutup lebih rendah daripada harga buka semasa arah aliran menurun (downtrend). Relative Vigor Index membandingkan harga tutup satu sekuriti atau aset kepada julat dagangannya.

Pengiraan

Untuk mengira Relative Vigor Index (RVI), ikut arahan yang disenaraikan di bawah. 

Definisi:

a = Close−Open

b = Close−Open One Bar Prior to a

c = Close−Open One Bar Prior to b

d = Close−Open One Bar Prior to c

e = High−Low of Bar a

f = High−Low of Bar b

g = High−Low of Bar c

h = High−Low of Bar d

i = RVI Value One Bar Prior

j = RVI Value One Bar Prior to i

k = RVI Value One Bar Prior to j

N = Minutes/Hours/Days/Weeks/Months

  1. Untuk bermula, pilih satu tempoh masa N untuk memeriksa pengiraan akan datang. 
  2. Sebaik sahaja anda telah memilih tempoh masa, anda hendaklah mengenalpasti nilai-nilai Buka, Tinggi, Rendah dan Tutup (Open, High, Low, Close) untuk bar terkini yang anda sedang periksa.
  3. Anda kemudiannya perlu mengenalpasti nilai-nilai Buka, Tinggi, Rendah dan Tutup untuk tempoh pandang belakang (lookback period) untuk bar terkini dalam pengiraan anda.
  4. Selesai melakukan ini, teruskan dengan mengira simple moving average untuk pengangka (numerator) termasuk penyebut (denominator) untuk tempoh N yang anda telah pilih di Langkah 1.
  5. Bahagikan nilai pengangka dari nilai penyebut.
  6. Langkah terakhir adalah mengambil keputusan pengiraan dan meletakkannya dalam persamaan Garisan Isyarat (Signal Line equation). Plotkan pada graf dan anda akan mendapat keputusan yang anda ingini.

Pemerhatian

Daripada ia mengayun sepanjang satu arah aliran, Relative Vigor Index (RVI) berayun sepanjang satu garisan tengah, bergerak sama ada lebih tinggi atau lebih rendah dari garisan itu sendiri. Apa-apa pencapahan (divergence) yang terjadi antara RVI dan harga penunjuk menunjukkan kepada satu perubahan arah aliran atau sejenis balikan (reversal). Sebagai contoh, seorang pedagang atau pelabur boleh menggunakan penunjuk RVI untuk membantu mereka mengenalpasti apa-apa potensi perubahan arah aliran dengan memeriksa pencapahan dengan harga dan seterusnya menggunakan penunjuk untuk menentukan titik masuk dan keluar (entry/exit point) dengan bantuan penunjuk-penunjuk analisa teknikal lain dan corak carta.

Ada beberapa jenis isyarat dagangan popular yang boleh digunakan dengan Relative Vigor Index, dua yang paling biasa digunakan adalah RVI Divergences dan RVI Crossovers.

RVI Divergences menunjukkan pencapahan (divergence) antara penunjuk dan harganya. Pencapahan ini mencadangkan adanya perubahan arah aliran dalam masa terdekat, terutamanya mengenai arah arah aliran penunjuk. Sebagai contoh, jika satu harga saham sedang menaik dan penunjuk RVI turun di bawah garisan tengah pada masa yang sama, RVI Divergences akan meramalkan bahawa saham itu akan kemudiannya mengubah arah dalam masa terdekat.

RVI Crossovers adalah penunjuk duluan untuk arah harga akan datang dan membantu menentukan satu pelintas (crossover) menjadi sama ada bulis atau bearis bergantung kepada posisinya di atas atau di bawah garisan isyarat. Jika satu pelintas di atas garisan isyarat, ia menunjukkan satu penunjuk bulis.  Jika satu pelintas di bawah garisan isyarat, ia menunjukkan satu penunjuk bearis.

Apa yang perlu diperhatikan

Relative Vigor Index membandingkan harga tutup kepada harga buka. Ia adalah satu pengayun memusat (centered oscillator), yang beroperasi dengan bergerak sepanjang garisan tengah dan bukannya harga. Ia dipaparkan sama ada di atas atau di bawah carta harga dan lebih bagus digunakan dengan penunjuk analisis teknikal lain dan corak carta untuk mendapatkan hasil yang lebih menguntungkan.

Kekangan

RVI sesuai digunakan dalam pasaran yang membuat arah aliran (trending market) kerana ia menjana isyarat palsu (false signal) dan data apabila digunakan pada pasaran yang berjulat (range-bound market). Satu cara seorang pedagang boleh membaiki keputusan RVI mereka adalah meletakkan tempoh masa pandang belakang jangka panjang (lookback period). Ini akan mengurangkan impak yang arah aliran balas jangka pendek (short-term countertrend) ke atas keseluruhan data dan mengambil keluar perubahan jangka pendek dari bacaan data.

Kesimpulan

Relative Vigor Index ialah satu penunjuk analisa teknikal yang menganalisa dan mengukur kekuatan dan arah arah aliran dengan membandingkannya dengan harga tutup satu sekuriti kepada julat dagangannya di mana keputusan itu kemudiannya dilancarkan (smoothed) dan digunakan untuk analisa seterusnya. RVI Divergences dan RVI Crossovers adalah dua isyarat dagangan paling popular yang digunakan di bawah penunjuk RVI dan sesuai digunakan untuk menganalisa data dari pasaran yang membuat arah aliran (trending market).