Williams Fractal

Definisi

Penunjuk Williams Fractal mensasarkan untuk mengesan titik-titik balikan (reversal point) menerusi tinggi dan rendah (highs and lows). Ia dikenali sebagai satu daripada penunjuk pertama yang menggunakan fraktal dan membawanya ke arus perdana dagangan. Secara umum, penunjuk ini dibentuk dari lima candlestick atau bar pada carta harga dan ia ditunjukkan dengan anak panah naik atau turun untuk menunjukkan status tinggi atau rendahnya.

Sejarah 

Penunjuk ini mulanya dibangunkan dan dinamakan oleh Bill Williams. Beliau adalahs seorang pedagang dan penganalisa teknikal berpengalaman yang memperkenalkan penunjuk ini di dalam bukunya “Trading Chaos.” pada tahun 1995. Ada yang mengatakan bahawa Williams dan bukunya merupakan pelopor kepada menjadikan fraktal sebagai satu komponen utama dalam dunia dagangan.

Pemerhatian

Penunjuk Williams Fractal mencapai momentum kerana ia merupakan satu daripada penunjuk terawal yang membawa fraktal dan metodologi fraktal kepada dunia dagangan.

Anak panah menandakan di mana fraktal akan diletakkan pada carta. Penunjuk selalunya di pra-tetapkan untuk menunjukkan fraktal berdasarkan kepada peraturan 5-candlestick. Bergantung kepada pedagang, anda boleh mengubah dan mengedit penunjuk untuk memasukkan bilangan candlestick yang anda mahukan dalam satu fraktal.

Menurut Williams, penunjuk Fractal hendaklah digunakan untuk strategi dagangan berdasarkan kepada pecah keluar kedudukan harga (breakout of price levels). Satu pecah keluar ditunjukkan apabila harga bergerak paling kurang satu tititk di atas atau di bawah kedudukan harga fraktal sebelumnya. 

Juga, satu pecah keluar fraktal sebelumnya adalah dipanggil kejayaan pembeli di mana harga naik di atas anak panah ke atas menandakan fraktal sebelumnya. Sebaliknya, apabila harga jatuh di bawah anak panah menurun menandakan fraktal sebelumnya, adalah dipanggil kejayaan penjual. Williams menganggap kejayaan sama ada pembeli atau penjual adalah satu isyarat untuk membuka satu posisi dagangan.

Selain daripada itu, penunjuk ini juga lebih efektif dalam analisis dagangan apabila digabungkan dengan penunjuk dan alat lain. Cuba gabungkannya dengan penunjuk Williams Alligator, sebagai contoh (dicipta oleh orang yang sama). Dalam kes ini, seorang pedagang boleh menggunakan penunjuk Fraktal untuk mencari kedudukan masukan pasaran dan apabila menggunakan penunjuk Williams Alligator sebagai penyaring, elakkan daripada membuka posisi pada kedudukan pecah keluar dalam satu pasaran yang tiada arah aliran (lemah) market.

Apa yang perlu diperhatikan

Adalah menjadi kebiasaan kepada pedagang untuk meletakkan satu pesanan henti sama ada beberapa titik di atas atau di bawah kedudukan fraktal yang dijangkakan untuk membuka satu posisi sekiranya ada pecah keluar (breakout). Secara khususnya dalam kes-kes ini, henti rugi adalah ditetapkan pada kedudukan kedua kepada fraktal bertentangan yang terakhir.

Kekangan

Berdasarkan kepada prinsip penunjuk, akan selalu ada fraktal lag yang diambilkira (lebih kurang dua atau lebih candlestick). Ia merupakan sebahagian daripada penunjuk dan hendaklah diambilkira apabila pedagang memilih untuk menggunakannya.

Untuk memahami bahawa penunjuk Fraktal mempunyai lag dan tidak ada keupayaan untuk melukis semula, seorang pedagang dan pelabur berpengalaman selalunya akan mencadangkan penggunaannya digabungkan bersama-sama penunjuk lain yang boleh mengubah kesan-kesan ini. Seperti disebutkan di atas, menambahkan penunjuk tambahan dan alat analisa teknikal lain dapat membantu menaikkan kecekapan penunjuk ini dengan ketara.

Kesimpulan

Penunjuk Williams Fractal diperkenalkan pada tahun 1995 dan ia dianggap sebagai salah satu penunjuk pertama yang menggabungkan fraktal dan dagangan. Ia secara umumnya ditunjukkan oleh lima candlestick atau bar pada carta harga dengan candlestick ketiga sentiasa dipaparkan sebagai tinggi tertinggi atau rendah terendah (highest high/lowest low). Penunjuk ditandakan pada carta dengan satu anak panah naik atau turun untuk memberikan isyarat status tinggi atau rendah dan selalunya digunakan bersama-sama dengan penunjuk Williams Alligator.