Strategi InSide Bar

Definisi

InSide Bar Strategy adalah satu corak lilin penting yang membantu pedagang menentukan masa masukan (entry) dengan risiko rendah. Strategi ini boleh digunakan untuk mengikut dan berdagang dengan satu arah aliran atau dengan satu balikan. Satu InSide Bar adalah satu lilin yang “ditutup” oleh lilin sebelumnya. Apabila anda menjumpai jenis lilin sebegini, ini bermakna adanya ketidakstabilan dikurangkan (reduced volatility) dalam pasaran. InSide Bars tidak semuanya sama dalam segi saiz dan julat, dan adalah penting untuk mengingati perkara ini dalam analisis anda. Perkara ini akan dijelaskan dengan lebih mendalam di bahagian Apa yang perlu diperhatikan.

Pemerhatian

Pedagang menggunakan InSide Bars strategy dengan menunggu harga melakukan pergerakan balikan (reversal move) dan membentuk satu InSide Bar. Dalam cara ini, mereka mampu mengawal posisi mereka berdasarkan kriteria khusus dan menguruskan titik masukan yang sempurna dengan menunggu satu balikan ideal dalam pasaran. Sebagai tambahan, akan terjadi penguncupan ketidakstabilan (volatility contraction), menjadikan tekanan belian untuk kekal berterusan jika harga berjaya memecah lebih tinggi. Cara ini juga kurang mengalami pecahan keluar palsu (fake out).

Apa yang perlu diperhatikan

Seperti disebutkan di atas, InSide Bars boleh berbeza-beza dari segi saiz dan juga julat, warna dll. Ada beberapa jenis bar yang anda selalunya akan gunakan apabila menggunakan InSide Bar Strategy. 

Standard. InSide bar standard mempunyai satu julat kecil dan “ditutup" oleh lilin sebelumnya. Lilin standard ini memberitahu pedagang akan adanya ketidakpastian (indecision) dan ketidakstabilan rendah dalam pasaran. 

InSide Bar dengan julat yang besar. Bar ini masih “ditutup" oleh lilin sebelumnya, tetapi julat adalah lebih besar daripada standard. Bergantung kepada harga tutup, bar boleh mewakili ketidakpastian (indecision), arah aliran atau satu balikan dalam pasaran. 

Pelbagai InSide Bars dalam satu corak lilin tunggal. Corak ini menjelaskan kepada pedagang akan adanya ketidakstabilan rendah dalam pasaran. Oleh kerana ketidakstabilan pasaran sentiasa berubah-ubah, ia membantu untuk melihat beberapa InSide Bars bersama-sama kerana ia merupakan satu isyarat kuat akan adanya pergerakan besar dalam pasaran.

Sekarang mari kita analisa bagaimana pedagang boleh mengurus masukan (entry) dan keluaran (exit) menggunakan strategi khusus ini. 

Masukan. Ada pedagang lebih suka untuk masuk menggunakan pesanan henti (stop order) dan apabila harga memecah keluar dari InSide Bar. Ramai menyukai kaedah ini kerana mereka memasuki dagangan apabila harga bergerak seperti yang diingini. Sila beringat, ada kemungkinan pecah keluar palsu (false breakout) dalam kes ini. Pedagang juga boleh menunggu lilin untuk menutup, tetapi ia datang dengan risiko ketinggalan pergerakan besar dalam pasaran. Cadangan kami adalah anda perlu memilih kaedah mana yang sesuai dengan anda. 

Keluar. Bergantung kepada apa yang anda dagangkan dan sasaran anda, cara anda keluar akan berbeza-beza. Jika anda mencari untuk menangkap satu ayunan (swing), ada pedagang merasakan lebih baik untuk keluar dagangan sebelum apa-apa balikan bermula. Jika anda berazam untuk mengikuti arah aliran, pedagang selalunya meletakkan henti rugi (stop loss) bersama-sama sebaik sahaja pasaran mengubah seperti ramalan mereka.

Kekangan

Ada beberapa kekangan kepada hampir semua penunjuk, dan yang khusus kepada InSide Bar Strategy akan cuba untuk berdagang pada pecah keluar (breakout) penunjuk. Kami meminta pedagang berhati-hati disini kerana dengan dagangan kebarangkalian rendah seperti contoh ini, pasaran tidak mempunyai satu julat lancar dan mungkin akan lebih menyusahkan pedagang.

Kesimpulan

InSide Bar Strategy ialah satu corak candlestick yang digunakan untuk mencari titik masukan berisiko rendah. Ia boleh digunakan untuk mengikut dan berdagang dengan satu arah aliran atau menunjukkan balikan (reversal) dalam pasaran menerusi lilinnya. InSide Bars berbeza dari segi saiz dan julat badan lilin, dengan jenis yang lebih kecil menunjukkan satu pasaran yang tidak pasti (indecisive market). Strategi ini berguna apabila menentukan kekuatan pasaran dan untuk menangkap satu ayunan atau mengikut satu arah aliran pada tempat keluar (exit).