True Strength Index

Definisi

Penunjuk True Strength Index adalah satu pengayun momentum yang direkabentuk untuk mengesan, mengesahkan atau membayangkan kekuatan satu arah aliran (trend). Ia melakukan ini dengan menentukan arah aliran berpotensi dan perubahan arah aliran menerusi pelintas (crossover) dan pada masa yang sama berayun antara kawasan positif dan negatif. Positif merujuk kepada pembeli yang lebih berkuasa dan negatif pula sebaliknya.

Pengiraan

Penunjuk Truth Strength Index boleh dikira dengan beberapa langkah ringkas. Berikut adalah formula dan penjelasan relevan untuk pengiraan.

Definisi

Adalah penting untuk mengetahui bagaimana mengira EMA apabila mengira penunjuk True Strength Index. Anda boleh memeriksa pengiraan penunjuk EMA di sini. 

  1. Mulakan dengan mengira penunjuk dengan merekodkan perubahan harga dan perubahan harga mutlak.
  2. Kira perubahan harga tempoh 25 EMA dan kemudian perubahan harga mutlak tempoh 25 EMA.
  3. Kemudian, anda hendaklah mengira nilai penunjuk True Strength Index dengan memasukkan double smoothed price change dan double smoothed absolute price change kepada formula penunjuk True Strength Index.

Pemerhatian

Penunjuk True Strength Index berayun antara kawasan positif dan negatif, di mana positif merujuk kepada pengesahan bulis dan negatif merujuk kepada pengesahan bearis. Tambahan lagi, jila penunjuk mencapah dari harga, ia mungkin satu isyarat bahawa arah aliran harga adalah lemah dan/atau akan semakin melemah dan boleh berubah arah tidak lama lagi. Penunjuk True Strength Index dipaparkan oleh satu garisan tunggal. 

Apa yang perlu diperhatikan

Penunjuk True Strength Index menggunakan satu garisan tunggal, selalunya dengan tempoh berjulat 7-12 EMA pada garisan tunggal. Satu pelintas garisan tunggal terjadi apabila penunjuk melintasi garisan isyarat. Jika ia merentasi garisan isyarat dari bawah, ia memberikan isyarat satu posisi panjang (long position) yang mungkin. Jika True Strength Index merentasi bawah garisan isyarat dari atas, ia memberikan isyarat satu posisi singkat (short position).

Penunjuk juga menjana isyarat untuk lintasan garisan tengah (centerline crossover). Isyarat-isyarat ini menentukan arah momentum harga dan memberikan amaran kepada pedagang bila momentum adalah kuat dan positif (bila penunjuk di atas sifar) atau bila ia lemah dan negatif (bila penunjuk di bawah sifar). Garisan tengah juga boleh digunakan untuk bias arah (directional bias). Dalam kes ini, pedagang boleh memutuskan untuk masuk hanya dalam posisi panjang apabila penunjuk dijangka berada di atas garisan tengah. Jika penunjuk dinilaikan di bawah sifar, pedagang boleh memutuskan untuk hanya berdagang dalam posisi singkat. Sebagai tambahan, pecah keluar (breakout) dan pencapahan juga digunakan oleh pedagang menggunakan penunjuk True Strength Index sebagai satu cara mengenalpasti dan menentukan perubahan momentum harga dan perubahan biasa dalam harga.

Kekangan

Penunjuk True Strength Index memberikan amaran kepada pedagang dengan banyak isyarat, walaupun ada antaranya adalah isyarat palsu dan dapat mengganggu kedudukan pedagang. Isyarat palsu selalunya dirujuk kepada tindakan harga yang berbeza daripada jangkaan atau diramalkan dari satu isyarat dagangan. Kerana ini, adalah penting untuk menggunakan penunjuk sebagai tambahan kepada penunjuk-penunjuk penjejakan harga lain. Dengan tambahan alat analisis lain, pedagang akan merasakan lebih mudah untuk berdagang dengan lebih maklumat dan data yang bermakna. 

Sebagai tambahan, pelintas garisan isyarat selalu terjadi dan mungkin tidak memberikan apa-apa kebaikan dagangan yang ketara. Isyarat-isyarat ini perlu ditapis oleh pedagang dan ini boleh dilakukan dengan menggunakan jenis analisa lain seperti penunjuk dan alat yang berkaitan dengan jenis dagangan tertentu.

Pencapahan (Divergence) boleh menjadi sulit untuk dipetakan dan dipergantungkan seperti penunjuk ini. Jika pencapahan berlangsung terlalu lama, ia boleh memberikan sedikit gambaran bila satu balikan (reversal) akan terjadi dalam satu arah aliran. Tambahan lagi, pencapahan tidak selalunya berlaku apabila harga kelihatan membalik dengan ketara.

Kesimpulan

True Strength Index dicipta untuk menunjukkan kekuatan satu arah aliran sebagai satu pengayun. Ia melakukan ini dengan memberikan arah aliran berpotensi dan perubahan arah aliran menerusi isyarat pelintas garisan dan mengesan pencapahan (divergence), dengan memberikan amaran kepada pedagang mengenai kelemahan atau kekuatan arah aliran.