Volume-Weighted Moving Average (VWMA)

Definisi

Penunjuk Volume-Weighted Moving Average (VWMA) adalah bagus untuk menganalisa volum. Jika anda menggunakan Simple Moving Average (SMA) atau Volume Weighted Average Price (VWAP), anda sudahpun separuh jalan dalam memahami kerumitan VWMA. VWMA juga berguna untuk menjejak harga-volum, mengenalpasti arah aliran dan melihat pada volum diberatkan (weighted volume) sepanjang satu tempoh masa. 

Pengiraan

Formula ini boleh digunakan untuk mengira VWMA:

Definisi:

VWMA = Volume-Weighted Moving Average

C = Closing price

V = Volume

Simple Moving Average (SMA) ialah satu purata berdasarkan kepada harga sebelum dan penutup. Ia memberikan berat yang sama kepada setiap harga penutup dalam persamaan (equation). VWMA adalah hampir sama, kecuali ia memberikan berat yang berbeza kepada setiap harga penutup dan bergantung kepada volum dalam tempoh tersebut. Perhatikan bahawa jika volum untuk 3-hari VWMA (V3) adalah lebih tinggi, harga penutupnya (C3) akan memberikan lebih kesan kepada nilai dikira pada akhirnya.

Pemerhatian

Moving Average (MA) mempunyai banyak kegunaan dan agak pelbagai. Kecerunannya (slope) boleh digunakan untuk menyaring arah aliran, ia boleh menentukan momentum bila dibandingkan dengan harga, dan ia juga boleh mengenalpasti tingkatan sokongan atau rintangan. Dengan mengambilkira ini, kita sepatutnya tahu bahawa VWMA tidak sama seperti kebanyakan moving averages (cth. SMA, EMA) dan tidak sepatutnya digunakan seperti mereka.

VWMA mempunyai integrasi unik dengan data volum dan disebabkan itu perlu dipertimbangkan secara berasingan dari MA lain yang tidak berkongsi kriteria itu. Dengan menggunakan VWMA dan SMA sebagai contoh, pedagang boleh memaksimumkan penggunaan alat analisis mereka dan menyerlahkan isyarat volum, mengenalpasti impak penambahan data volum, dan memasukkan pemberatan volum (volume weighting) untuk memudahkan dagangan.

Apa yang perlu diperhatikan

Selalunya, penunjuk VWMA menunjukkan kenaikan volum mengikut arah aliran pasaran dan menurun sebaliknya. Dengan menggunakan VWMA dan SMA bersama-sama, jika VWMA adalah lebih tinggi dari SMA, ia selalunya bermaksud volum adalah lebih tinggi (telah terjadi) pada hari di mana pasaran menutup lebih tinggi. Ini dikenali sebagai hari menaik (up day). Sebaliknya, jika VWMA adalah di bawah SMA, ia bermaksud ada volum lebih tinggi selama beberapa hari apabila pasaran menutup lebih rendah (down days).

Kesimpulan

Penunjuk Volume-Weighted Moving Average adalah berguna untuk menjejak harga-volum, menentukan volum diberatkan (weighted volume) dalam kaitan kepada arah aliran pasaran dan menyerlahkan isyarat volum dan data. VWMA adalah bagus digunakan dengan penunjuk analisa teknikal lain dan corak harga (price pattern), dan khususnya apabila digabungkan dengan penunjuk SMA.