Williams Alligator

Definisi

Penunjuk Williams Alligator adalah penunjuk mengikut arah aliran (trend-following indicator) berdasarkan kepada idea bahawa pasaran kewangan dan sekuriti tunggal selalunya bergerak dalam arah aliran pada kadar lebih rendah daripada bergerak ke sisi (sideway). Ia menggunakan MA dilancarkan (smoothed Moving Averages) untuk menganalisa arah aliran pasaran. Penunjuk dibangunkan dengan pemikiran bahawa institusi dan individu selalunya mengumpulkan lebih banyak keuntungan apabila satu pasaran melakukan arah aliran dengan kuat.

Sejarah 

Penunjuk Williams Alligator diperkenalkan pada mulanya oleh pedagang berpengalaman, Bill Williams. Williams adalah pelopor awal psikologi pasaran dan idea bahawa sentimen pelabur dan pedagang boleh memberikan kesan kepada prestasi pasaran dan arah aliran seterusnya.

Pengiraan

Penunjuk Williams Alligator menggunakan penunjuk Simple Moving Average (SMA) dalam pengiraannya untuk menambahkan lebih MA dilancarkan kepada keputusan yang selalunya melambatkan balikan penunjuk. Penunjuk menggunakan tiga Moving Averages (MAs) dilancarkan yang ditetapkan pada tempoh masa mengikut nombor Fibonacci: lima, lapan dan 13.

Pengiraan untuk penunjuk Williams Alligator dijelaskan dalam bentuk formula di bawah:

Simple moving average (SMA): 

Nilai seterusnya adalah:

Definisi:

SUM1: Jumlah harga tutup (closing price) untuk tempoh n

PREVSUM: Jumlah dilancarkan (smoothed sum) untuk bar sebelum

SMMA1: MA dilancarkan untuk bar pertama

SMMA(i): MA dilancarkan untuk bar semasa (tidak termasuk bar pertama)

CLOSE(i): Harga tutup semasa

n: Tempoh dilancarkan (smoothing period) yang dipilih

Tiga Moving Averages yang digunakan mengandungi Alligator dalam tiga cara utama: Rahang, Gigi dan Bibir/Mulut (Jaw, Teeth, Lips/Mouth). Komponen ini membuka dan menutup berdasarkan kepada reaksi seterusnya mereka kepada arah aliran yang sedang terjadi dan julat dagangan. Mari kita lihat lebih lanjut ke dalam setiap fungsi dalam penunjuk Williams Alligator.

Rahang (Jaw). Rahang Alligator dipaparkan sebagai satu garisan biru dan bermula dengan 13-bar SMMA. Garisan adalah dilancarkan dengan lapan bar pada nilai-nilai berikut.

Gigi (Teeth). Gigi Alligator adalah dipaparkan sebagai satu garisan merah dan bermula dengan SMMA. Garisan dilancarkan dengan lima bar pada nilai-nilainya.

 Bibir/Mulut (Lips/Mouth). Bibir Alligator adalah dipaparkan sebagai garisan hijau dan bermula dengan lima bar SMMA. . Garisan dilancarkan dengan tiga bar pada nilai-nilainya.

Pemerhatian

Penunjuk Williams Alligator adalah satu alat berguna untuk analisa teknikal. Ia menggunakan tiga Moving Averages dilancarkan untuk memberikan gambaran lebih jelas untuk pedagang dalam analisa pasaran mereka. Sebagai tambahan, penunjuk menggunakan kedua-dua penumpuan dan pencapahan (convergence/divergence) untuk membina isyarat dagangan berguna. Rahang Alligator sememangnya membuat pusingan lebih perlahan, manakala Bibir/Mulut membuat pusingan lebih laju.

Apabila Bibir merentasi bawah menerusi garisan lain, ia memberi isyarat peluang-peluang jualan. Jika Bibir merentasi ke atas, ia selalunya menunjukkan satu peluang belian. Alligator selalunya dirujuk sebagai “tidur” apabila garisan merentasi ke bawah, dan “bangun” apabila ia merentasi ke atas.

Apa yang perlu diperhatikan

Ada beberapa terma lain yang pedagang dan pelabur perlu tahu dan perhatikan semasa menggunakan penunjuk ini. Kami akan menjelaskan lebih lanjut untuk anda di sini.

“Eating with [it’s] mouth wide open.” Frasa ini merujuk kepada tiga garisan penunjuk Williams Alligator meregangkan dan bergerak sama ada ke atas atau ke bawah menandakan tempoh dagangan. Tempoh-tempoh ini adalah khusus untuk pengurusan posisi panjang atau singkat (long/short).

“Sated.” Perkataan ini merujuk kepada garisan penunjuk dan bila mereka menumpu kepada jalur yang sempit. Jika garisan bergerak ke arah yang lebih mendatar (horizontal), ia mungkin bermaksud bahawa arah aliran akan tamat. Ini memberikan amaran kepada pedagang kepada penjajaran semula posisi dan mengekalkan hasil yang menguntungkan. 

“Sleeping.” Perkataan ini merujuk kepada ayunan luar biasa dalam pasaran di mana penunjuk memberikan isyarat-isyarat positif palsu (false positive signal) pada kadar yang tinggi. Keadaan ini dijelaskan dengan lebih lanjut di bawah dalam bahagian Kekangan.

Kekangan

Seperti disebutkan di atas, penunjuk Williams Alligator dikenali sebagai menolak isyarat positif palsu (false positive signals) apabila tiga garisan saling merentas sesama mereka. Ini boleh terjadi dengan kerap dan selalunya disebabkan oleh keadaan pasaran yang berayun. Keadaan ini dipanggil sebagai “tidur.” Jadi, apa yang pedagang perlu lakukan semasa penunjuk mereka “tidur?” Williams menasihatkan pedagang supaya menunggu di tepi. Ini merupakan satu kelemahan terbesar penunjuk kerana terlalu banyak isyarat kebangkitan dalam satu julat yang besar akan berkemungkinan gagal dan ia boleh menyebabkan terjadinya whipsaw. Perkaraa ini terjadi apabila harga melihat satu pangsi arah ekstrem yang boleh mengubah dagangan dan arah aliran That is when the price sees an extreme directional pivot that can alter trades and trends.

Kesimpulan

Penunjuk Williams Alligator adalah satu penunjuk mengikut arah aliran (trend-following indicator) yang menggunakan Moving Averages dilancarkan untuk menganalisa arah aliran pasaran dan memberikan keputusan yang lebih bersih untuk analisa am. Ini adalah ketara dalam pengiraan penunjuk. Alligator dibahagikan kepada tiga bahagian penting: Rahang, Gigi dan Bibir/Mulut (Jaw, Teeth, Lips/Mouth). Setiap faktor mempunyai isyarat berbeza untuk memberikan amaran kepada pedagang tentang pergerakan arah aliran pasaran.