Piercing - Bulis

Piercing ialah corak candlestick balikan bulis dua lilin yang dijumpai semasa arah aliran menurun. Lilin pertama berwarna merah dan lebih besar dari saiz badan lilin biasa. Lilin kedua berwarna hijau dan membuka di bawah bahagian bawah lilin sebelumnya, mencipta satu jurang dan kemudian menutup di atas titik pertengahan lilin pertama.

Corak ini menunjukkan adanya perubahan yang mungkin terjadi di dalam momentum dari arah aliran menurun kepada arah aliran menaik, menunjukkan satu balikan mungkin akan terjadi tidak lama lagi.

Versi bearis untuk corak Piercing ialah corak candlestick Dark Cloud Cover.

Input:

Secara tradisinya, corak candlestick ini diiktiraf bersama dengan satu arah aliran tertentu, cth. ia mungkin penting untuk corak jika harga telah menaik atau menurun. Pilihan ‘Kesan Arah Aliran Berdasarkan’ membenarkan anda untuk menyatakan yang mana satu kaedah-kaedah berikut digunakan untuk mengesan arah aliran:

  • SMA50 - penunjuk membandingkan harga semasa simbol kepada Simple Moving Average (SMA) nya dengan panjang 50. Jika harga semasa adalah di bawah SMA, pergerakan harga ini dikira sebagai satu penurunan. Jika harga di atas SMA, ia adalah satu kenaikan.
  • SMA50, SMA200 - penunjuk membandingkan secara berbeza harga semasa kepada SMA50 dan SMA50 kepada SMA200. Jika harga semasa adalah di atas SMA50 dan SMA50 adalah di atas SMA200, ini dikira sebagai satu kenaikan. Jika harga di bawah SMA50 dan SMA50 adalah di bawah SMA200, ini adalah satu penurunan.
  • Tiada pengesanan - penunjuk tidak mengambil kira arah aliran harga.

Dengan membandingkan dua SMA berbeza, pilihan 'SMA50, SMA200' hanya mengesan arah aliran yang lebih kuat. Apabila arah aliran adalah lemah dan keadaan di atas tidak dipenuh, tiada corak akan dikesan. Sebaliknya, pilihan 'SMA50' akan juga mengesan arah aliran yang lebih lemah.