Morning Doji Star - Bulis
Corak candlestick ini ialah satu variasi corak Morning Star. Satu corak balikan bulis tiga hari yang mengandungi tiga candlestick akan kelihatan seperti ini: Lilin pertama ialah satu lilin berbadan panjang berwarna merah yang memanjang ke arah arah aliran menurun semasa. Kemudian datang satu lilin Doji yang membuat jurang ke bawah semasa buka. Selepas itu, muncul satu satu lilin berbadan panjang berwarna hijau yang membuat jurang ke atas semasa buka dan menutup di atas titik tengah badan lilin hari pertama. Ia lebih bulis dari corak morning star biasa kerana wujudnya Doji.
Versi bearis untuk corak Morning Doji Star ialah corak candlestick Evening Doji Star.
Input:
Secara tradisinya, corak candlestick ini diiktiraf bersama dengan satu arah aliran tertentu, cth. ia mungkin penting untuk corak jika harga telah menaik atau menurun. Pilihan ‘Kesan Arah Aliran Berdasarkan’ membenarkan anda untuk menyatakan yang mana satu kaedah-kaedah berikut digunakan untuk mengesan arah aliran:
- SMA50 - penunjuk membandingkan harga semasa simbol kepada Simple Moving Average (SMA) nya dengan panjang 50. Jika harga semasa adalah di bawah SMA, pergerakan harga ini dikira sebagai satu penurunan. Jika harga di atas SMA, ia adalah satu kenaikan.
- SMA50, SMA200 - penunjuk membandingkan secara berbeza harga semasa kepada SMA50 dan SMA50 kepada SMA200. Jika harga semasa adalah di atas SMA50 dan SMA50 adalah di atas SMA200, ini dikira sebagai satu kenaikan. Jika harga di bawah SMA50 dan SMA50 adalah di bawah SMA200, ini adalah satu penurunan.
- Tiada pengesanan - penunjuk tidak mengambil kira arah aliran harga.
Dengan membandingkan dua SMA berbeza, pilihan 'SMA50, SMA200' hanya mengesan arah aliran yang lebih kuat. Apabila arah aliran adalah lemah dan keadaan di atas tidak dipenuh, tiada corak akan dikesan. Sebaliknya, pilihan 'SMA50' akan juga mengesan arah aliran yang lebih lemah.