Downside Tasuki Gap - Bearis
Downside Tasuki Gap ialah corak tiga lilin yang dijumpai dalam satu arah aliran menurun yang selalunya memberikan isyarat sambungan arah aliran menurun. Lilin pertama adalah berbadan panjang dan berwarna merah, diikuti oleh satu lilin merah lebih kecil dengan harga bukaannya membuat jurang di atas badan lilin sebelumnya. Lilin ketiga adalah berwarna hijau dan ia menutup di dalam jurang yang dicipta oleh dua lilin pertama, ia tidak mampu menutup jurang sepenuhnya. Ketidakupayaan kuasa belian untuk menutup jurang memberikan isyarat bahawa arah aliran menurun mungkin akan berterusan.
Versi bearis untuk corak Downside Tasuki Gap ialah corak candlestick Upside Tasuki Gap.
Input:
Secara tradisinya, corak candlestick ini diiktiraf bersama dengan satu arah aliran tertentu, cth. ia mungkin penting untuk corak jika harga telah menaik atau menurun. Pilihan ‘Kesan Arah Aliran Berdasarkan’ membenarkan anda untuk menyatakan yang mana satu kaedah-kaedah berikut digunakan untuk mengesan arah aliran:
- SMA50 - penunjuk membandingkan harga semasa simbol kepada Simple Moving Average (SMA) nya dengan panjang 50. Jika harga semasa adalah di bawah SMA, pergerakan harga ini dikira sebagai satu penurunan. Jika harga di atas SMA, ia adalah satu kenaikan.
- SMA50, SMA200 - penunjuk membandingkan secara berbeza harga semasa kepada SMA50 dan SMA50 kepada SMA200. Jika harga semasa adalah di atas SMA50 dan SMA50 adalah di atas SMA200, ini dikira sebagai satu kenaikan. Jika harga di bawah SMA50 dan SMA50 adalah di bawah SMA200, ini adalah satu penurunan.
- Tiada pengesanan - penunjuk tidak mengambil kira arah aliran harga.
Dengan membandingkan dua SMA berbeza, pilihan 'SMA50, SMA200' hanya mengesan arah aliran yang lebih kuat. Apabila arah aliran adalah lemah dan keadaan di atas tidak dipenuh, tiada corak akan dikesan. Sebaliknya, pilihan 'SMA50' akan juga mengesan arah aliran yang lebih lemah.