Rob Booker Missed Pivot Points
Definisi
Missed Pivot Points ialah satu penunjuk yang digunakan untuk mencari sasaran keuntungan apabila satu arah aliran menaik mula kehilangan momentumnya. Dalam kata lain, ia cuba mencari pembetulan (correction) sebelum ia terjadi. Missed Pivot Points boleh digunakan untuk jangka panjang atau pendek. Tingkatan adalah harian, mingguan dan bulanan, yang boleh disesuaikan bergantung kepada kegemaran pengguna.
Sejarah
Penunjuk Missed Pivot Points adalah satu alat utama untuk menganalisa dan menentukan sasaran harga, terutama sekali untuk arah aliran jangka panjang. Penunjuk ini disyorkan oleh Rob Booker, seorang ahli perniagaan dan pedagang mata wang berpengalaman.
Pemerhatian
Semasa penyesuaian, seorang pengguna boleh menentukan tempoh masa yang ingin difokuskan (cth. harian, mingguan atau bulanan), termasuklah saiz dan ketebalan setiap garisan, untuk mendapatkan garisan yang paling optimum pada carta.
Untuk menggunakan penunjuk Missed Pivot Points, mulakan dengan memilih instrumen kewangan yang anda paling minati yang anda suka ikuti. Missed Pivot Points akan menjadi target ideal, terutamanya untuk dagangan balikan jangka panjang.
Apa yang perlu diperhatikan
Cari penggabungan (consolidation) untuk banyak Missed Pivots, yang akan menunjukkan diri sebagai garisan mendatar (horizontal), bertindih sesama sendiri. Menurut Rob Booker, tingkatan Missed Pivot ini akan berbaris dgn lebih bagus dengan tingkatan Anjakan Fibonacci yang digemari pengguna.
Apabila mencari sasaran untuk dagangan balikan jangka panjang, pastikan anda mencari Missed Pivot Points. Booker percaya tiada sasaran yang lebih baik untuk senario begini.
Kesimpulan
Missed Pivot Points adalah digunakan untuk menetapkan sasaran harga, tanpa mengira kepanjangan satu arah aliran, walaupun mereka lebih jelas apabilia digunakan untuk arah aliran balikan jangka panjang. Missed Pivot Points diwakili sebagai kedudukan pada carta yang boleh disesuaikan untuk memastikan kebolehlihatan dan kepentingan mereka bergantung kepada keperluan pedagang.