Relative Volatility Index
Definisi
Relative Volatility Index (RVI) ialah satu penunjuk ketidakstabilan, serupa dengan Relative Strength Index (RSI), tetapi dengan beberapa perbezaan utama. RVI mengukur sisihan piawai harga apabila mereka berubah sepanjang masa, di mana RSI mengukur perubahan harga mutlak. Relative Volatility Index diplotkan di atas carta dan mempunyai julat dari 0 ke 100.
Sejarah
Penunjuk Relative Volatility Index mulanya diperkenalkan oleh Donald Dorsey. Ia dibangunkan untuk menentukan dan menunjukkan arah ketidakstabilan (volatility direction) pada carta.
Pengiraan
RVI dikira hampir sama dengan RSI, walaupun ia menggunakan sisihan piawai harga tinggi dan rendah dan bukannya kaedah RSI untuk perubahan mutlak dalam harga.
Pemerhatian
Apabila nilai Relative Volatility Index dikira di atas 50, ini bermakna ketidakstabilan juga menaik. Maksudnya, ada isyarat belian berpotensi disahkan. Sebaliknya, jika ia dikira di bawah 50, ini bermakna ketidakstabilan menurun, yang mengesahkan ada isyarat jualan berpotensi. Seperti RSI, RVI juga boleh digunakan untuk menentukan keadaan terlebih beli dan terlebih jual (overbought/oversold).
Apa yang perlu diperhatikan
Penunjuk Relative Volatility Index berfungsi hampir sama seperti penunjuk RSI, dan anda sepatutnya sudah mahir dengan perbezaan di antara kedua-duanya. RVI mempunyai satu kelebihan tersendiri, menurut pencipta penunjuk, Donald Dorsey, RVI ialah satu “penunjuk pengesahan” dan memberika maklumat dan data yang RSI kekurangan dalam pengiraannya dan keseluruhan prestasi.
Kesimpulan
Relative Volatility Index mengukur sisihan piawai harga apabila mereka berubah sepanjang satu masa dan dipaparkan di atas carta dengan julat di antara 0 ke 100. Jika nilai RVI di atas 50, bermaksud ketidakstabilan sedang menaik dan mengesahkan adanya isyarat belian berpotensi. Sebaliknya, Contrarily, jika nilai di bawah 50 ketidakstabilan sedang menurun yang mengesahkan adanya isyarat jualan berpotensi.