Permodalan Pasaran

Pengiraan dan metodologi permodalan pasaran

Permodalan Pasaran mewakili saiz syarikat dan menunjukkan nilai syarikat. Ia bersamaan dengan jumlah saham yang ada dari tahap syarikat didarabkan dengan harga tutup terakhir sahamnya.

Jumlah saham keseluruhan pada tingkatan syarikat adalah tidak sama dengan jumlah keseluruhan saham (total shares outstanding).  Jumlah keseluruhan saham adalah termasuk saham yang hanya didagangkan pada pasaran. Jumlah saham keseluruhan pada tingkatan syarikat termasuk juga kelas saham lain, walaupun ia tidak didagangkan.

Sila ambil maklum bahawa saham perbendaharaan (treasury shares) adalah tidak termasuk.

Permodalan pasaran untuk ticker dengan jenis “keutamaan” adalah sama dengan permodalan ticker utama dan mewakili Permodalan pasaran tingkatan syarikat. Sebagai contoh, NYSE:BAC (Bank of America Corp.) dan NYSE:BAC/PB (Bank of America Corp. Preferred) mempunyai Permodalan pasaran yang sama dan boleh jadi berbeza dari metodologi sumber lain.

Sama juga, Permodalan pasaran untuk Depositary Receipts (DRs) adalah sama dengan permodalan ticker utama, mewakili Permodalan pasaran tingkatan syarikat. Sebagai contoh, NYSE:TSM (Taiwan Semiconductor Manufacturing Company sebagai satu DR) dan TWSE:2330 (saham TSMC) berkongsi permodalan pasaran yang sama. Pendekatan ini memastikan kesinambungan merentasi jenis sekuriti berbeza yang mewakili syarikat yang sama, walaupun ia mungkin berbeza dari metodologi sumber lain. 

Metrik permodalan pasaran adalah tersedia pada kewangan pada carta. Sila ambil maklum sejarah hanya tersedia dari tahun 2016 sahaja.

Apakah maksud Permodalan pasaran?

Pelabur menggunakan Permodalan pasaran sebagai penunjuk kepada saiz syarikat. Saiz syarikat boleh mempengaruhi bagaimana pelabur melihat sesebuah syarikat, dan bagaimana ia dibandingkan dengan syarikat lain. 

Syarikat dengan Permodalan pasaran lebih daripada $10 billion adalah dipanggil syarikat permodalan besar. Melabur dalam syarikat sebegini selalunya menarik kepada semua pelabur disebabkan saiz dan kecairan mereka. Syarikat permodalan besar juga dianggap sebagai syarikat matang dengan perniagaan yang lebih utuh.

Syarikat dengan permodalan pasaran $2 billion ke $10 billion adalah dipanggil syarikat permodalan pertengahan. Syarikat permodalan pertengahan digemari oleh pelabur yang mencari peluang pertumbuhan atau syarikat yang kurang matang. Akan tetapi, pelaburan dalam syarikat berkenaan boleh menjadi berisiko, kerana syarikat permodalan pertengahan kadang kala adalah kecil disebabkan alasan tertentu dan pertumbuhan masih lagi mencabar. 

Syarikat dengan permodalan pasaran $300 juta ke $2 billion dipanggil syarikat permodalan kecil dan selalunya lebih tidak stabil, berisiko dan kurang kecairan daripada syarikat syarikat permodalan pertengahan dan besar. Syarikat permodalan kecil juga lebih dipengaruhi oleh minat pelabur. Ramai pelabur tidak mahu bertaruh pada syarikat yang masih kecil.