Margin pengoperasian
Apakah Margin pengoperasian?
Ia dikira sebagai Pendapatan Pengoperasian dibahagikan dengan Hasil didarabkan dengan 100.
Formula:
Pendapatan Pengoperasian / Hasil * 100%
Apakah maksud Margin Pengoperasian?
Ia menunjukkan bahagian pendapatan yang tersedia untuk menampung perbelanjaan bukan pengoperasian, seperti pembayaran faedah, disebabkan itu pelabur memandang berat kepada penunjuk ini. Margin pengoperasian yang sangat tidak stabil adalah penunjuk utama kepada risiko pengoperasian dan kebolehramalan. Selain daripada itu, menganalisa margin pengoperasian syarikat terdahulu adalah satu cara yang bagus untuk menilai sama ada peningkatan ketara dalam hasil akan berterusan.