Nisbah hutang kepada ekuiti
Apakah nisbah Hutang kepada ekuiti?
Nisbah hutang kepada ekuiti adalah nisbah Jumlah hutang kepada Jumlah ekuiti. Nisbah ini menunjukkan nisbah hutang kepada ekuiti atau dalam kata lain, keumpilan kewangannya (financial leverage). Ini bermakna, ia menunjukkan sama ada aktiviti syarikat adalah dibiayai oleh dananya sendiri atau dengan bantuan dana pinjaman. Selain daripada itu, ia menunjukkan sama ada ia mampu untuk menampung hutang syarikat jika ekuiti pemegang saham dicairkan.