Nisbah harga kepada nilai buku ketara
Apakah Nisbah harga kepada nilai buku ketara (price to tangible book ratio)?
Harga kepada nilai buku ketara adalah nisbah harga saham kepada nilai buku ketara (tangible book value).
Formula:
Harga kepada nilai buku ketara = Harga tutup / Nilai buku ketara sesaham
Apakah maksud Nisbah harga kepada nilai buku ketara?
Nisbah harga kepada nilai buku ketara menunjukkan jumlah wang yang pelabur akan terima untuk setiap saham jika syarikat menghentikan operasi dan mencairkan semua asetnya pada nilai direkodkan dalam buku syarikat.