Cara menerbitkan idea hebat dan mendapat banyak suka

Panduan Umum:

Untuk menerbitkan idea yang baik dan mendapatkan banyak tanda suka, langkah pertama adalah idea anda harus diterbitkan secara awam. Anda harus memastikan idea anda tidak "disembunyikan" atau "tidak disyorkan" kerana melanggar peraturan dalaman.

Apakah erti menyembunyikan idea dan puncanya?

Moderator TradingView akan menyembunyikan idea-idea yang melanggari peraturan dalaman, biasanya disebabkan pengarang memasukkan pautan atau rujukan kepada media sosial dan laman web mereka untuk melakukan promosi.
Idea tersembunyi tidak akan dipaparkan kepada awam, hanya anda dan moderator TradingView dapat melihatnya. Oleh sebab huraian idea tidak boleh ditukar oleh anda atau pasukan TradingView, idea-idea ini tidak dipaparkan lagi dan menyebabkan usaha anda menganalisis dan menerbitkan idea tersebut menjadi sia-sia. Oleh itu, bacalah Peraturan Dalaman kami dengan teliti untuk mengelakkan situasi yang sama berlaku lagi.

Mengapakah idea anda boleh menjadi tidak disyorkan? 

TradingView bertujuan untuk memaparkan idea-idea yang memberikan analisis yang baik pada carta dan huraiannya.Untuk mencapai matlamat ini, kami 'tidak mengesyorkan' idea yang:
  • Mengandungi tajuk atau deskripsi yang menggunakan SEMUA HURUF BESAR
  • Mengandungi sedikit atau tiada analisis pada carta
  • Kekurangan deskripsi
  • Diterbitkan dalam bahasa tidak sesuai dengan domain di mana idea diterbitkan
Idea yang "tidak disyorkan" tidak akan muncul di halaman utama atau dalam aliran idea-idea popular, di mana ia akan mengehadkan pendedahannya.Mari melihat beberapa contoh yang menjadikan idea terbitan itu baik. Untuk menjadikannya lebih jelas, kami juga memberikan contoh idea yang tidak baik sebagai perbandingan

Semua Analisis

Seimbang: jelas, tidak berselerak, profesional, tidak berlebihan. Baik: https://www.tradingview.com/chart/DXY/uffYahEv-ridethepig-Dollar-into-the-elections/
Perlu penambahbaikan:: https://www.tradingview.com/chart/BTCUSD/Fl8IxQzX-Cluttered-chart/

Analisis Teknikal

Menyertakan lukisan yang menjelaskan idea. Sekurang-kurangnya dua alat analisis atau dua sebab, cthnya , aras sokongan dan corak candlestick atau sebuah garis trend dan sebuah penunjuk, dsb. Gunakan secukupnya tetapi tidak berlebihan!Baik: https://www.tradingview.com/chart/USDCAD/ChyBOU38-USDCAD-a-Continuation-Play-on-the-Loonie/
Perlu penambahbaikan: : https://www.tradingview.com/chart/AUDUSD/6JohDUyM-Technical-analysis-with-lack-of-info/

Idea Dagangan

Menyertakan bias tertentu dalam idea dan menyatakan sama ada anda melakukan akan membeli atau menjual. Pastikan anda memberitahu orang lain titik entri dan keluar untuk dagangan tersebut dan sebutkan berapa lama dagangan tersebut akan terus aktif.Baik: https://www.tradingview.com/chart/DE30/AGV9Vts5-DAX-bullish-candle-for-short-term-upside-to-13000/
Perlu penambahbaikan:: https://www.tradingview.com/chart/USDCAD/k6uBgeTL-An-opportunity-to-go-long/

Analisis Fundamental & Ulasan Pasaran

Menyediakan trend umum dan pergerakan harga berdasarkan alasan yang munasabah.Baik: https://www.tradingview.com/chart/TSLA/ju1PYhfR-Tesla-Vs-the-strongest-EV-stocks-Who-is-ahead-and-by-how-much/

Hantaran pendidikan 

Penjelasan terperinci tentang kaedah untuk analisis teknikal, fundamental atau makro.Baik: https://www.tradingview.com/chart/BTCUSD/xY7WoFJl-U-Shape-V-Shape-Recovery-Shapes-Explained-And-What-They-Mean/

Analisis Antara Pasaran

Ini termasuk analisis Overlay atau Ratio. Panggilan untuk arah pergerakan dengan penjelasan yang mencukupi.Baik: https://www.tradingview.com/chart/TRUMP/TtxkRPar-Watching-the-Biden-and-Trump-coins/

Analisis Teks

Haruslah berguna dan informatif untuk komuniti. Contohnya, kandungan pendidikan, sebuah kolum atau pengalaman peribadi.Baik: https://www.tradingview.com/chart/BTCUSD/YRl78jbb-Cycle-Theory-and-Wave-Analysis/
Perlu penambahbaikan: https://www.tradingview.com/chart/BTCUSD/WdsHWGNm-Poor-text-idea/

Lebih banyak cadangan spesifik untuk jenis Analisis Teknikal yang tertentu:

Corak Harmonik

Harga harus telah melepasi titik B dan sedang bergerak dari C ke D. Atau terdapat peralatan teknikal lain yang menyokong pandangan ini. Gunakan peralatan terbina dalam TradingView untuk menunjukkan nisbah-nisbah Fibonacci.Pautan yang berguna: http://www.harmonictrader.comBaik: https://www.tradingview.com/chart/GBPUSD/dqa1HKEe-GBPUSD-1H-Gartley-pattern/
Perlu penambahbaikan: https://www.tradingview.com/chart/EURJPY/sUXAiDKE-Immature-harmonic-pattern/

Double Top

Corak yang tidak melengkapi puncak kedua dan bergerak ke arah neckline tidak harus dikategorikan sebagai double top. Begitu pula untuk 'double bottom'.Baik: https://www.tradingview.com/chart/EURJPY/r8nOKqUX-EURJPY-daily-tf-double-top-pattern-to-materialize/
Perlu penambahbaikan: https://www.tradingview.com/chart/XAUUSD/zmFLTG1o-Immature-double-bottom/

Kepala dan Bahu

Corak yang tidak melengkapi bahu kanan dan bergerak ke arah neckline tidak memenuhi syarat. Begitu pula untuk kepala dan baru yang terbalik.Baik: https://www.tradingview.com/chart/NEOUSDT/rNNOu1GC-Neo-NEOUSDT-Bearish-Head-and-Shoulders-Daily/
Perlu penambahbaikan: https://www.tradingview.com/chart/EURAUD/pzaOGKpo-Immature-inverted-Head-and-Shoulders-pattern/

Analisis hanya penunjuk

Perlu penambahbaikan: https://www.tradingview.com/chart/BTCUSD/mSvpN1kt-Bearish-diversion-on-the-RSI/

Analisis Gelombang Elliott

Haruslah sesuai dengan peraturan yang dapat dicari di http://www.elliotwave.com  Ini adalah sumber yang paling umum dan banyak digunakan.Baik - jelas dengan setup yang boleh dilaksanakan - https://www.tradingview.com/chart/YFIUSD/3Y4iY4Qw-YFIUSD-Buy-Set-up/
Perlu penambahbaikan: berselerak - https://www.tradingview.com/chart/TQQQ/ZG7VVaCm-Elliot-Wave-Cluttered-needs-improvement/
Mengikuti panduan ini tidak hanya akan menghasilkan idea-idea yang lebih baik untuk komuniti TradingView, ia juga meningkatkan peluang idea anda untuk terpilih dalam Pilihan Editor kami.Kami berharap panduan ini berguna untuk anda. Kongsikan pandangan anda di ruang komen di bawah.