Pemanjangan Fib Automatik

Definisi

Pemanjangan Fib Automatik adalah satu alat yang mengira kedudukan harga sasaran selepas satu anjakan (retracement). Tingkatan pemanjangan juga menentukan kawasan balikan harga berpotensi dan menunjukkan kedudukan harga yang mungkin selepas satu anjakan diselesaikan. Tingkatan-tingkatan ini adalah berdasarkan kepada pekali utama Fibonacci dan pergerakan harga untuk simbol pada carta.

Untuk menggunakan penunjuk Pemanjangan Fib Automatik baru, gunakan butang Penunjuk pada carta anda dan cari penunjuk Pemanjangan Fib Automatik (Auto Fib Extension) dalam tab Terbina dalam.

Penunjuk ditulis dalam Pine Script dan kod sumbernya boleh diakses. Anda boleh mengaksesnya dari ikon Kod sumber yang berada di bahagian kanan nama penunjuk pada carta, atau dari Editor Pine, dengan menggunakan butang Buka, kemudian mengklik pada Skrip asal baru binaan dalama… dan Pemanjangan Fib Automatik.

Sejarah

Konsep pemanjangan Fibonacci adalah diperoleh dari kaedah anjakan Fibonacci. Ia dibangunkan untuk menentukan kedudukan harga sasaran selepas satu anjakan. Ia dinamakan dari penggunaan jujukan Fibonacci dan berasaskan kepada teori bahawa pasaran selalunya akan menjejaki semula satu bahagian yang dijangka akan melakukan satu pergerakan sebelum meneruskan arah asal.

Pengiraan

Pemanjangan Fibonacci tidak mempunyai satu formula khusus. Tingkatan pemanjangan adalah dikira berdasarkan kepada jujukan Fibonacci, dan hampir semua tingkatan biasa adalah 61.8%, 100%, 161.8%, 200%, dan 261.8%. Alat lukisan Lanjutan Fib Berdasarkan Arah Aliran adalah berdasarkan kepada tiga titik yang ditetapkan oleh pedagang: dua titik pertama menentukan garisan arah aliran, titik terakhir menentukan kedudukan anjakan. Selepas menetapkan titik-titik, garisan kedudukan mendatar adalah dilukis dan kedudukan mengenalpasti sasaran berpotensi untuk pergerakan harga seterusnya adalah ditentukan berdasarkan garisan-garisan ini. 

Dengan penunjuk Pemanjangan Fib Automatik baru, anda tidak perlu menetapkan titik-titik secara manual, seperti yang diperlukan untuk alat lukisan Lanjutan Fib Berdasarkan Arah Aliran. Algoritma akan memilih titik-titik dan melukis tingkatan secara automatik.

Apa yang perlu diperhatikan

Titik 1 dan 2 dalam imej ini menunjukkan arah garisan arah aliran. Titik 2 dan 3 menunjukkan kedudukan anjakan (retracement level). Kedudukan yang mungkin di mana harga boleh dicapai adalah ditunjukkan dengan garisan penunjuk: selalunya digunakan untuk mengambil garisan keuntungan adalah garisan 0.618, 1.0 dan 1.618.

Input

Kedalaman (Depth)

Bilangan minimum bar yang diambilkira semasa mengira penunjuk.

Panjangkan Garisan (Extend Lines)

Membenarkan pemanjangan garisan pada carta ke kiri atau kanan.

Balikan (Reverse(

Membenarkan anda untuk membalikkan susunan garisan dan arah yang dikira oleh penunjuk.

Harga

Memaparkan nilai-nilai harga.

Tingkatan (Levels)

Memaparkan nilai-nilai tingkatan.

Tingkatan warna (Levels colors)

Warna untuk setiap garisan tingkatan.

Format Tingkatan (Levels Format)

Format yang digunakan untuk memaparkan nilai-nilai. Ia boleh digunakan sama ada nilai berangka biasa (pilihan Nilai) atau format Peratusan.

Kesimpulan

Sebagai kesimpulan, penunjuk yang sudah lama ditunggu-tunggu ini adalah salah satu penunjuk yang kami berbesar hati untuk ditambahkan kepada senarai alat analisa teknikal kami yang semakin berkembang. Pemanjangan Fib Automatik boleh menjadi sangat berguna dalam menentukan kedudukan sasaran selepas satu anjakan. Kebanyakan penunjuk teknikal melihat ke belakang dengan menganalisa harga-harga terdahulu; tetapi pemanjangan Fibonacci membantu mengenalpasti kedudukan harga yang mungkin di masa hadapan.