Penarafan Teknikal
Penunjuk Penarafan Teknikal adalah alat komposit yang menggabungkan isyarat dari beberapa penunjuk popular kepada skor tunggal yang dinormalkan (penarafan), dan kemudian menentukan kategori penarafan — seperti "Beli" atau "Jual" — berdasarkan nilai. Ia memberikan cara lebih kompak dan intuitif untuk menganalisa faktor-faktor teknikal pasaran dan mencari isyarat berpotensi daripada menganalisa setiap penunjuk konstituen secara berasingan.
Penunjuk ini menilai penilaian berdasarkan kepada kumpulan syarat dari 26 penunjuk konstituen termasuk moving average dan pengayun. Selain daripada itu, ia menilai penarafan tersebut merentasi berbilang rangka masa dan memaparkan kategori mereka dalam satu jadual. Penunjuk boleh menunjukkan maklumat penarafan untuk moving average, pengayun atau gabungan kedua-duanya.

Penarafan dari penunjuk ini adalah sama seperti yang dipaparkan dalam lajur "penarafan" untuk Penyaring dan pengukur pada halaman "Teknikal" simbol.
Pengiraan
Penunjuk ini mengira tiga penarafan berikut pada setiap bar:
- Penilaian Moving average (MAs): Min penarafan adalah berdasarkan kepada 15 moving average dan penapis, termasuk Simple and Exponential MAs dengan panjang berbeza (10, 20, 30, 50, 100 dan 200), Hull MA (9), VWMA (20) dan Ichimoku Cloud (9, 26, 52)
- Penilaian Pengayun (Pengayun ): Min penarafan adalah berdasarkan kepada 11 pengayun dan penunjuk, termasuk RSI (14), Stochastic (14, 3, 3), CCI (20), ADX (14, 14), Awesome Oscillator, Momentum (10), MACD (12, 26, 9), Stochastic RSI (3, 3, 14, 14), Williams %R (14), Bull Bear Power (13) dan UO (7, 14, 28)
- Penilaian keseluruhan (Semua): Min untuk penarafan moving average dan pengayun
Setiap penunjuk konstituen memberikan nilai -1 (untuk "jual"), 0 (untuk "neutral"), atau +1 (untuk "beli") kepada penarafan purata untuk setiap rangka masa yang dipilih. Purata yang terhasil akan berayun antara -1 dan +1, di mana:
- Nilai positif menunjukkan pertemuan lebih tinggi keadaan "beli" daripada keadaan "jual" pada bar
- Nilai negatif menunjukkan pertemuan lebih tinggi keadaan "jual" daripada keadaan "beli" pada bar
Penunjuk memaparkan moving average, pengayun dan penarafan keseluruhan untuk rangka masa utamanya sebagai lajur dikodkan warna dalam panel berasingan. Jadual memaparkan satu daripada lima kategori untuk jenis penarafan diaktifkan pada setiap rangka masa dipilih. Logik berikut menentukan kategori ditetapkan untuk setiap skor:
- Jual Kuat: Skor di bawah -0.5
- Jual: Skor di bawah -0.1 dan di atas atau sama dengan -0.5
- Neutral: Skor berada dari -0.1 ke 0.1
- Beli: Skor di atas 0.1 dan di bawah atau sama dengan 0.5
- Beli kuat: Skor di atas 0.5
Keadaan penunjuk individu
Penunjuk Penarafan Teknikal menggunakan kriteria berikut untuk mengira penarafan untuk setiap penunjuk konstituen:
Semua moving average
- Beli: Nilai MA < harga
- Jual: Nilai MA > harga
- Neutral: Nilai MA == harga
Ichimoku Cloud
- Beli: Garis utama A > Garis utama B, Garis asas > Garis utama A, Garis pertukaran > Garis asas dan harga > Garis pertukaran
- Jual: Garis utama A < Garis utama B, Garis asas < Garis utama A, Garis pertukaran < Garis asas dan harga < Garis pertukaran
- Neutral: Tidak Beli atau Jual
Relative Strength Index
- Beli: RSI < 30 dan RSI > RSI sebelum
- Jual: RSI > 70 dan RSI < RSI sebelum
- Neutral: Tidak Beli atau Jual
Stochastic
- Beli: %K < 20, %D < 20, dan %K > %D
- Jual: %K > 80, %D > 80, dan %K < %D
- Neutral: Tidak Beli atau Jual
Commodity Channel Index
- Beli: CCI < -100 dan CCI > CCI sebelum
- Jual: CCI > 100 dan CCI < CCI sebelum
- Neutral: Tidak Beli atau Jual
Average Directional Index
- Beli: +DI > -DI, ADX > 20, dan ADX > ADX sebelum
- Jual: +DI < -DI, ADX > 20, dan ADX < ADX sebelum
- Neutral: Tidak Beli atau Jual
Awesome Oscillator
- Beli: AO crosses over 0, or AO is above 0 for two consecutive bars and turns upward (the current value is above the value from the previous bar, and the previous bar's value is below the value from two bars back)
- Jual: AO crosses under 0, or AO is below 0 for two consecutive bars and turns downward (the current value is below the value from the previous bar, and the previous bar's value is above the value from two bars back)
- Neutral: Neither Buy nor Sell
Momentum
- Beli: Nilai semasa > nilai sebelum
- Jual: Nilai semasa < nilai sebelum
- Neutral: Nilai semasa = nilai sebelum
MACD
- Beli: MACD > Isyarat
- Jual: MACD < Isyarat
- Neutral: MACD = Isyarat
Stochastic RSI
- Beli: Menurun, K < 20, D < 20, dan K > D
- Jual: Menaik, K > 80, D > 80, dan K < D
- Neutral: Tidak Beli atau Jual
Williams Percent Range
- Beli: %R < -80 dan %R > nilai sebelum
- Jual: %R > -20 dan %R < nilai sebelum
- Neutral: Tidak Beli atau Jual
Bull Bear Power
- Beli: Menaik, Bear power < 0, dan Bear power > nilai sebelum
- Jual: Menurun, Bull power > 0, dan Bull power < nilai sebelum
- Neutral: Tidak Beli atau Jual
Ultimate Oscillator
- Beli: Oscillator > 70
- Jual: Oscillator < 30
- Neutral: Tidak Beli atau Jual
Input

Rangka masa penunjuk
Rangka masa di mana untuk mengira penarafan utama penunjuk. Ia hendaklah lebih tinggi atau sama dengan rangka masa carta. Penunjuk memplotkan penarafan yang diminta sebagai lajur dan menunjukkan kategori untuk nilai masa nyata terkini dalam baris pertama jadual. Selain daripada itu, penunjuk menggunakan penarafan diplotkan untuk syarat pemberitahuannya.
Penarafan adalah berdasarkan kepada
Menentukan kumpulan penarafan mana yang penunjuk gunakan untuk paparan dan pemberitahuannya:
- Semua: Plot dan pemberitahuan menggunakan penarafan keseluruhan, dan jadual adalah termasuk lajur untuk semua ketiga-tiga kumpulan penarafan
- MAs: Penunjuk menggunakan penarafan moving average sahaja
- Pengayun: Penunjuk menggunakan penarafan pengayun sahaja
Memplotkan penarafan disahkan sahaja
Tetapan ini dilaksanakan hanya kepada penarafan diplotkan penunjuk. Jika ia diaktifkan dan penarafan utama penunjuk datang daripada rangka masa lebih tinggi daripada rangka masa carta, nilai diplotkan dari bar HTF ditutup akhir akan wujud sehinggalah selepas bar HTF terkini menutup. Jika tidak diaktifkan, plot akan mengemas kini semasa bar HTF dibuka untuk menunjukkan perubahan masa nyata terkini dalam penarafan yang dipohon. Ambil maklum bahawa plot memaparkan hanya penarafan disahkan untuk setiap bar HTF ditutup selepas carta dimuatkan semula.
Tunjuk MTF
Input-input ini mengawal rangka masa tambahan untuk di mana jadual memaparkan setiap kategori penarafan. Setiap rangka masa diaktifkan mempunyai baris sepadan berbeza dalam jadual.
Ambil maklum bahawa jadual akan mengeluarkan rangka masa yang diulang secara automatik. Jika ada dua rangka masa diaktifkan, termasuk rangka masa penunjuk, adalah sama, jadual memaparkan hanya satu baris untuk rangka masa tersebut, bukannya dua.
Tetapan jadual

Input-input ini mengkonfigurasikan paparan dan susun atur jadual:
- Saiz: Menentukan saiz relatif kepada teks jadual
- Posisi: Menetapkan penempatan menegak (atas, tengah, bawah) dan mendatar (kiri, tengah, kanan) pada jadual dalam panel
- Input warna: Menetapkan teks dan warna tajuk, dan warna latar belakang untuk setiap kategori penarafan. Input Beli, Neutral dan Jual juga menetapkan warna lajur diplotkan.
! Nota: Penarafan teknikan disediakan sebagai maklumat pasaran umum untuk tujuan pendidikan dan hiburan semata-mata, dan bukan merupakan nasihat pelaburan. Rujuk kepada Terma Penggunaan and Penafian untuk mengetahui lebih lanjut.