Memahami carta Heikin Ashi
Carta Heikin Ashi adalah sama dengan lilin stadard cuma ia tidak menggunakan harga aset sebenar tetapi menggunakan purata untuk melicinkan pergerakan harga. Tidak seperti lilin standard, carta Heikin Ashi cuba menapis beberapa hingar pasaran dengan melicinkan ayunan kuat harga untuk memudahkan mengenal pasti trend pasaran.
KANDUNGAN:
- Apakah carta Heikin Ashi
- Prinsip pembinaan Heikin Ashi
- Heikin Ashi vs lilin standard
- Bagaimana mengaktifkan Heikin Ashi
- Tetapan Heikin Ashi
Apakah carta Heikin Ashi
Carta Heikin Ashi adalah variasi candlestick Jepun. Mereka mempunyai bentuk yang sama dengan badan dan sumbu (wick), tetapi warna setiap lilin bergantung kepada trend semasa. Lilin hijau berturut-turut menunjukkan trend adalah bulis dan jujukan lilin merah menunjukkan trend adalah bearish.

Lilin Heikin Ashi menunjukkan harga purata, bukannya harga sebenar. Disebabkan itu pada bahagian kanan carta anda akan dapat melihat dua nilai — satu nilai adalah harga sebenar aset dan yang lagi satu adalah harga Heikin Ashi.
Untuk memahami mereka dengan lebih baik, mari melihat dengan lebih mendalam bagaimana lilin-lilin ini dibina.
Prinsip pembinaan Heikin Ashi
Heikin Ashi menggunakan formula unik yang mempengaruhi bentuk, saiz dan arah lilin:
- Buka = (Sebelum (Buka +Tutup)) / 2
- Tutup = (Semasa (Tutup + Buka + Tinggi + Rendah)) / 4
- Tinggi = Nilai tertinggi untuk tinggi, buka atau tutup semasa
- Rendah = Nilai terendah untuk rendah, buka atau tutup semasa
! Nota: Lilin Heikin Ashi membuka pada tingkatan pertengahan lilin sebelumnya.
Lilin sebelumnya adalah dikira dengan tertunda, kerana pengiraan hanya boleh dilakukan selepas lilin sebelumnya ditutup.
Apabila mendagangkan instrumen yang tidak stabil pada rangka masa kecil, jenis carta ini boleh membantu menapis pecah keluar palsu untuk tingkatan kritikal seperti sokongan dan ringatan, atau sempadan corak carta.
Heikin Ashi vs lilin standard
Heikin Ashi
- Memberikan gambaran lebih jelas mengenai trend
- Memberikan data purata dan boleh menjimatkan sumber dalaman anda semasa pasaran tidak stabil
- Kurang tepat untuk menunjukkan tingkatan masukan dan keluaran secara jelas
Lilin standard
- Lebih biasa digunakan, dipelajari dan lebih banyak maklumat mengenai mereka tersedia
- Berfungsi dengan kedua-dua corak carta dan corak candlestick
- Lebih sesuai untuk dagangan jurang (gap trading)
Bagaimana mengaktifkan Heikin Ashi
Apabila anda berada pada Carta Super, buka menu jenis carta pada bar alat atas dan pilih "Heikin Ashi."

Tetapan Heikin Ashi
Untuk mengkonfigurasikan mereka untuk memenuhi strategi dagangan unik anda, cari butang gear pada bar alat atas dan pergi ke tab "Symbol".

Jika anda mahu melihat harga sebenar sahaja, klik pada pilihan "Harga sebenar pada skala harga".
Seperti yang anda tahu, Heikin Ashi sudah menunjukkannya, tetapi mungkin anda tidak memerlukan nilai-nilai tersebut dipaparkan sama sekali.
Oleh itu anda boleh mencari tetapan yang serupa dengan lilin standard:
- Bar warna berdasarkan tutup sebelum: Dengan tetapan ini diaktifkan, warna setiap bar akan ditentukan sama ada harga buka adalah lebih tinggi (hijau) atau lebih rendah (merah) daripada harga tutup bar sebelumnya, daripada menggunakan harga buka dan tutup bar
- Badan: Menukar bentuk badan lilin untuk penampilan visual dipertingkatkan
- Sempadan: Menukar warna bucu lilin
- Sumbu - Wick: Memilih warna disukai untuk bayang-bayang lilin
Kesimpulan Heikin Ashi
Setiap jenis carta ada kegunaannya tersendiri. Dengan Heikin Ashi, anda boleh memahami dengan mudah trend dan harga purata, yang selalunya berguna, sebagai contoh untuk pedagang ayunan (swing trader) dan mereka yang cuma memahami kuasa trend semasa — semakin banyak lilin sama warna berturutan yang anda lihat, semakin berkemungkinan besar trend semasa semakin berakhir.
Juga baca: