Heikin Ashi
Heikin Ashi ialah satu teknik pencartaan yang boleh digunakan untuk meramalkan pergerakan harga masa hadapan. Ia mirip kepada carta tradisi candlestick. Akan tetapi, tidak seperti carta candlestick biasa, carta Heikin Ashi cuba untuk menyaring beberapa hingar pasaran dengan melicinkan ayunan harga yang kuat untuk mengenalpasti pergerakan arah aliran dalam pasaran dengan lebih baik.
Untuk membina Heiken Ashi, satu formula digunakan di mana data harga dimasukkan, manakala lilin-lilin biasa adalah dibina secara ekslusif pada nombor-nombor bare, tanpa menggunakan apa-apa pengiraan.
Bagaimanakah lilin-lilin dikira pada carta Heikin Ashi?
Untuk mengira, Heikin Ashi menggunakan formula OCHL: yang bermaksud Open, Close, High, Low. Ini merupakan empat komponen yang mempengaruhi bentuk, saiz dan arah lilin-lilin. Formula untuk pengiraan mereka diberikan seperti di bawah:
- Open = (Buka Sebelum + Tutup Sebelum) / 2.Dalam lilin-lilin biasa, tingkatan buka adalah pada penutup lilin sebelumnya (jika tiada jurang dalam pasaran). Dalam Heikin Ashi, satu candlestick baru membuka pada tingkatan tengahl, di antara bukaan dan penutup lilin sebelumnya.
- Close = (Tutup + Buka + Tinggi + Rendah) / 4.Nilai purata di antara rendah, tinggi, buka dan tutup pada lilin terkini.
- High = Nilai tertinggi pada tinggi, buka dan tutup semasa
- Low = Nilai terendah pada tinggi, buka dan tutup semasa.
Dari masa ke semasa, beberapa nilai-nilai ini akan menjadi sama, yang mana akan mempengaruhi penampilan keselurunan carta. Pilihan untuk rangka masa juga akan mempunyai impak besar kepada penampilan carta.
Dari formula di atas, adalah jelas bahawa candlestick semasa untuk penunjuk adalah dikira dengan satu kelewatan, jadi isyarat yang diberikan oleh Heikin Ashi adalah isyarat tertunda. Dalam kes ini, pengiraan satu lilin baru akan terjadi apabila lilin seterusnya muncul pada carta harga.
Apabila mendagangkan instrument tidak menentu pada rangka masa kecil, penunjuk boleh membantu untuk menyaring dengan efektif hingar pasaran, pecahan keluar palsu dan titik masukan. Adalah penting diingatkan bahawa, apabila bekerja di dalam pasaran dengan ketidaktentuan yang rendah dan/atau pada rangka masa yang besar, Heikin Ashi akan jarang memberikan isyarat. Tambahan lagi, kebolehpercayaan untuk isyarat-isyarat ini adalah rendah, disebabkan kelewatan penunjuk itu sendiri.
Bagaimana untuk mengaktifkan Heikin Ashi
Anda boleh mengaktifkan Heikin Ashi di dalam tetapan jenis carta:
Apakah tetapan yang ada untuk Heikin Ashi?
Tetapan untuk carta sebegini tidak berbeza daripada tetapan carta candlestick biasa, kecuali untuk Tunjuk harga sebenar pada skala harga (bukannya harga Heikin Ashi), yang mana bertanggungjawab untuk memaparkan label untuk harga akhir pada Heiken Ashi bersama-sama dengan label untuk harga terakhir untuk carta candlestick biasa.