Bagaimanakah pengurusan kurungan berfungsi?
Pengurusan Kurungan membenarkan pengubahsuian Renti Rugi dan Ambil Untung secara automatik.
Berikut adalah tetapan yang diubah suai apabila mod ini diaktifkan:
- Pesanan kurungan dibatalkan secara automatik jika kedudukan ditutup ataupun disongsang.
- Pesanan kurungan diubahsuai secara automatik apabila kuantiti kedudukan utama berubah.
- Pesanan kurungan yang lama akan dibatalkan secara automatik. Kuantiti dalam pesanan kurungan baru dilaraskan secara automatik. Ianya berfungsi seperti berikut: Andaikan kita mempunyai suatu kedudukan dengan pesanan kurungan. Satu pesanan dengan renti rugi dan ambil untung akan dilaksanakan. Pesanan kurungan yang lama akan dibatalkan dan kuantiti dalam pesanan renti rugi dan ambil untung yang baru akan dilaraskan berdasarkan kuantiti kedudukan itu sendiri.
Apabila kotak pilihan Pengurusan Kurungan tidak ditanda, setiap dagangan akan mempunyai pesanan renti rugi dan ambil untung yang tersendiri. Ini bermakna pesanan-pesanan tersebut perlu diuruskan secara manual.
Demi kesenangan, kami telah menambahkan pemberitahuan. Perhatikan pemberitahuan ini, kerana mereka akan memaklumkan pertukaran semasa kepada anda.Patut disebut juga jika suatu kedudukan mempunyai beberapa pesanan renti rugi dan ambil untung (ini boleh dilaksanakan melalui platform yang lain ataupun melalui TradingView dengan nyahtanda kotak pilihan Pengurusan Kurungan), maka menandakan kotak pilihan tidak akan mengubah pesanan-pesanan itu. Mereka tidak akan dibatalkan atau dikaitkan bersama. Bagaimanapun, pengurusan kurungan hanya akan dinyahaktif untuk kedudukan suatu simbol sehingga hanya tinggal 1 pasangan pesanan renti rugi dan ambil untung. Pemberitahuan kami akan memaklumkan perkara ini kepada anda.
Ambil perhatian jika Pengurusan Kurungan adalah aktif, dan terdapat suatu kedudukan dengan pesanan renti rugi dan ambil untung, dan pengguna memasukkan pesanan kurungan yang berjaya dilaksanakan, maka pembetulan renti rugi dan ambil untung (pembatalan pesanan lama / pengubahsuian pesanan baru) hanya akan berlaku jika harga adalah sekurang-kurangnya 10 tanda jarak daripada kesemua pesanan-pesanan. Anda akan dimaklumkan juga mengenai ini melalui pemberitahuan.