Moving Average Ribbon

Definisi

Moving Average Ribbon ialah satu penunjuk yang memaparkan sehingga empat Moving Average pada carta anda. Moving average dengan panjang berbeza boleh digunakan untuk membandingkan arah aliran jangka panjang dan jangka pendek dan cuba untuk meramalkan pergerakan carta yang mungkin berdasarkan kepada prestasi sebelum ini.

Input

Setiap MA berbeza mempunyai lima input berbeza yang dikaitkan dengannya:

1. Satu kotak semak (checkbox) untuk mengaktifkan/nyahaktif dengan cepat paparan untuk mana-mana Moving Averages.

2. Satu menu lungsur turun (dropdown) dengan jenis-jenis MA membenarkan pengguna memilih apakah MA yang patut digunakan untuk setiap plot. Pilihan termasuk SMA (Simple Moving Average), EMA (Exponential Moving Average), SMMA (Smoothed Moving Average), WMA (Weighted Moving Average), dan VWMA (Volume-Weighted Moving Average).

3. Dua menu lungsur turun untuk memilih sumber dan panjang untuk pengiraan MA.

4. Satu pemilih warna (color picker) untuk memilih warna plot.