Corak Carta Panji Bulis
Sila ambil maklum bahawa maklumat mengenai sasaran harga yang dijangka yang diberikan oleh Corak Carta Automatik bukanlah satu cadangan untuk apa yang anda perlu lakukan secara peribadi. Jangan gunakan data ini sebagai nasihat pelaburan. Ia hanya boleh digunakan sebagai pendidikan dan penyelidikan. Seperti mana-mana dagangan, sentiasa lihat dahulu kemudian lompat.
Panji bulis adalah satu bentuk analisa teknikal memberitahu mengenai sambungan arah aliran utama selepas melalui satu kawasan penyatuan. Arah aliran utama membentuk satu tiang bendera, dan kawasan penyatuan adalah satu segi tiga - panji. Ia adalah dijangka bahawa selepas harga memecah garisan atas panji, pergerakan harga seterusnya akan menjadi hampir sama dengan saiz tiang bendera.
Penunjuk mencari untuk corak dalam 600 bar terakhir. Corak ini mengandungi garisan-garisan yang menentukan pergerakan harga (Garisan Harga) dan garisan membentuk satu segitiga - panji. Titik mula dan akhir untuk setiap garisan harga adalah dalam pangsi 5/5. Titik pangsi adalah satu titik ekstrem tempatan (minimum atau maksimum) ke kiri dan kanan di mana tiada nilai harga yang akan mengatasi titik ekstrem ini. Jadi, satu titik akan menjadi pangsi tinggi 5/5 jika tiada nilai tinggi 5 bar ke kiri dan 5 bar ke kanan yang lebih tinggi dari nilai ini pada titik ini. Pemecahan corak adalah ditetapkan oleh nilai tutup. Persimpangan antara garisan panji dengan nilai tutup dalam selang di antara titik 2 dan 5 adalah tidak dibenarkan. Dalam mod Dalam Proses, penunjuk mencari bukan sahaja corak yang terbentuk, tetapi juga corak yang mula berkembang. Dua titik terakhir untuk corak ini mungkin tidak dalam pangsi dan garisan harga akhir akan menjadi bertitik.
Garisan mendatar bertitik yang berakhir dengan label Sasaran menunjukkan tingkatan harga yang dijangka selepas satu corak siap terbentuk. Bila bar-bar baru muncul, garisan akan dipanjangkan ke kanan sehingga bar terakhir, sehinggalah status corak berubah dari Menunggu kepada yang lain. Label panduan alat (tooltip) menunjukkan harga dan status terkini untuk corak. Apabila status berubah, warna label juga berubah. Ada 4 status secara keseluruhannya:
- Menunggu. Harga tidak memecah garisan atas atau bawah panji atau ia memecah menerusi garisan atas, tetapi pada masa yang sama tidak mencapai tingkatan yang dijangka dan tidak pergi lebih bawah dari titik 5.
- Dicapai. Harga memecah keluar menerusi garisan atas panji dan mencapai tingkatan yang dijangka.
- Gagal. Harga memecah keluar garisan atas, tidak mencapai tingkatan sasaran dan jatuh di bawah titik 5, atau harga memecah garisan bawah panji tanpa memecah garisan atas.
- Tidak dapat ditentukan. Penunjuk tidak dapat menentukan status corak.
Jika penunjuk bertemu dua corak yang bersilang, pemilihan akan diberikan kepada yang mempunyai status Menunggu. Jika status corak yang bertemu ialah Gagal atau Dicapai atau status kedua-duanya adalah Menunggu, corak akan dipaparkan pada carta, dimana jarak antara titik 1 daan 5 adalah lebih besar. Satu corak dengan status Tidak dapat ditentukan akan dipadamkan jika ia bersilang dengan satu corak yang mempunyai status berbeza.
Pemberitahuan:
- Corak Baharu. Tercetus apabila satu corak baharu muncul pada carta. Satu corak dikira baharu sekiranya ia mempunyai kedudukan yang berbeza pada titik 1, 2 atau 4.
- Pecahan Keluar Corak. Ia tercetus apabila satu bar telah menutup di luar bendera telah muncul. Hanya pecah keluar dalam arah sasaran yang diambil kira. Satu pecah keluar dalam arah bertentangan tidak akan mencetuskan pemberitahuan.
Input
- Corak - Menentukan corak yang mana akan dilukis berdasarkan kepada status. Nilai-nilai mungkin: Semua, Menunggu dan Dicapai, Hanya Menunggu, Menunggu Akhir. Jika Menunggu Akhir dipilih, hanya satu corak dengan status Menunggu akan dipaparkan, titik pertama yang diletakkan di bahagian kanan yang lain.
- Sasaran Harga - Menentukan sasaran harga yang mana akan dilukis berdasarkan kepada status corak. Nilai-nilai mungkin: Semua, Hanya Menunggu, Menunggu dan Dicapai, Tiada.
- Dalam Proses - Mencari corak-corak yang akan berkembang.