Saya mahu menyembunyikan nilai-nilai penunjuk-penunjuk individu
Anda boleh menyembunyikan nilai-nilai penunjuk-penunjuk individu di dalam lagenda dan pada skala harga, seperti berikut:
- Buka tab “Gaya” pada tetapan penunjuk.
- Nyahdaya pilihan “Label pada skala harga” dan “Nilai pada garisan status”.
Sila ambil maklum bahawa jika tetapan untuk menunjukkan label penunjuk pada skala dan nilai-nilai di dalam lagenda dinyahdayakan secara sejagat (di dalam tetapan umum untuk skala dan di dalam bar status untuk carta), kemudian — apabila pilihan-pilihan ini didayakan — nilai-nilai dan label-label tidak akan dipaparkan untuk penunjuk-penunjuk individu.