Peraturan laman sembang awam untuk "Soal Jawab Pine Script™"
Laman sembang ini adalah satu forum di mana pengaturcara Pine Script™ membantu satu sama lain dengan soalan-soalan yang berkaitan dengan bagaimana mengaturcara penunjuk dan strategi mereka. Forum-forum lain yang wujud, dengan nama tag [pine-script] pada Stack Overflow dan forum PineCoders Pine Script™ Q&A di Telegram.
Peraturan-peraturan
Ini adalah peraturan-peraturan sembang. Ada beberapa di sini, tetapi PineCoders yang mengendalikan bilik ini mempunyai satu mandat untuk melaksanakannya dengan tegas. Pelanggar peraturan berdepan dengan risiko akan disekat.
- Jadi berhemah dan hormat menghormati.
- Forum ini adalah ekslusif untuk soalan dan jawapan mengenai pengaturcaraan Skrip Pine™.
- Jangan menipu, jangan mengiklan, jangan berbincang mengenai dagangan atau model/strategi dagangan. Jangan meminta pengaturcara untuk menulis satu skrip untuk anda; hubungi salah seorang daripada Pengaturcara Skrip Pine™ Untuk Di Upah kami.
- Hormati privasi dan masa orang-orang yang menjawab di dalam bilik ini. Jangan menghubungi mereka secara terus, kerana sumbangan awam mereka telah diperlihatkan daripada masa mereka dapat berikan untuk menolong yang lain.
- Mudahkan mereka yang anda minta pertolongan dengan mengikuti cadangan pengeposan kami.
Sebelum memberikan soalan-soalan
- Lakukan penyelidikan, cuba dahulu dan selesaikan masalah anda. Jika anda tidak tahu bagaimana untuk menyahpepijat di dalam Skrip Pine™, gunakan tip-tip di dalam laman Manual Pengguna mengenai Nyahpepijat.
- RTFM: Dokumentasi rasmi Skrip Pine™ berada di dalam Manual Rujukan dan Manual Pengguna.
- Cari soalan-soalan anda di Stack Overflow dan di PineCoders FAQ.
Apabila anda memberikan soalan
- Kumpul semua fikiran anda dan tulis satu pernyataan yang lengkap mengenai isu dan soalan anda di dalam satu pengeposan soalan, di dalam bahasa Inggeris. JANGAN buat beberapa pengeposan soalan yang sepatutnya hanya memerlukan satu sahaja, atau mengepos soalan yang sama di dalam beberapa forum Soal&Jawap.
- Jika ianya berkaitan, tunjukkan satu petikan kod yang lengkap dan boleh dikompilasikan yang menunjukkan anda telah mencuba atau menghasilkan semula tingkah laku tidak dijangka yang anda tanyakan itu.
- Apabila ianya berguna, kongsi satu pautan kepada satu syot kilat carta.
- Gunakan tag-tag pine] dan [/pine] untuk menyertakan kod anda. Jika ianya panjang, cipta satu pautan kepadanya dengan menggunakan pastebin, 0bin, controlc, dll.
Berita-berita Skrip Pine™
Seperti pasaran yang kita dagangkan, Skrip Pine™ berevolusi dengan pantas. TradingView adalah komited kepada usaha untuk sentiasa menambahbaik bahasa yang kita semua gunakan. Ikuti pembangunan baru di dalam Skrip Pine™ sepanjang mereka terjadi dari laman sembang ini atau dari salah satu daripada saluran pemberitahuan kami :
- PineCoders Squawk Box di Telegram
- PineCoders di X (ex-Twitter)
- Nota Keluaran Manual Pengguna
Menambahbaik Skrip Pine™
Idea-idea anda mengenai bagaimana untuk menambahbaik bahasa adalah penting untuk kami. Pasukan Pine membaca mereka dan apabila boleh, melaksanakan mereka. Sila hantarkan cadangan anda kepada Trello board.
Mengenai PineCoders
PineCoders adalah satu kumpulan sokongan TradingView untuk pengaturcara-pengaturcara Skrip Pine™ yang berdedikasi dalam membantu komuniti pengaturcara dan pengguna skrip kepada platform. Lihat laman web kami untuk mendapatkan idea untuk projek-projek di mana ahli-ahli kami memberikan sumbangan.